Azmin, Zaid Dua Calon Utama Rebut Jawatan Timbalan Presiden PKR

Diterbitkan: Sabtu, 18 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Azmin Ali dan Datuk Zaid Ibrahim mempunyai pencalonan yang cukup dan menjadi calon utama untuk bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Sembilan bahagian PKR di Kedah dan Kelantan telah memulakan pencalonan untuk jawatan-jawatan peringkat pusat, pada Jumaat.

Tarikh akhir untuk pencalonan ialah pada 3 Okt.

Zaid, yang merupakan bekas Ahli Parlimen Kota Baru dan Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Wilayah Persekutuan itu setakat ini telah menerima empat pencalonan dari Kota Baru, Alor Star, Pasir Mas and Tumpat.

Azmin, Naib Presiden PKR, menerima tiga pencalonan dari Langkawi, Kubang Pasu and Rantau Panjang.

Pengarah parti strategik PKR, Tian Chua dan Pengerusi PKR Perak Mustaffa Kamil Ayub masing-masing menerima satu pencalonan dari Pokok Sena and Kuala Kedah tetapi masih belum cukup syarat.

Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution sebelum ini berkata seorang calon sekurang-kurangnya mesti mempunyai pencalonan dari dua bahagian untuk pertandingan dalam sebarang jawatan, termasuklah jawatan presiden.

Dia menjangkakan akan berlaku beberapa persaingan sengit dalam pertandingan terbuka itu.

Pertandingan untuk merebut jawatan empat naib presiden dijangka menjadi sengit apabila sembilan calon telah layak untuk bertanding setakat ini.

Naib Presiden PKR R Sivarasa mendahului yang lain dengan lima pencalonan. Pengerusi PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng juga akan bertanding, begitu juga Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar.

Calon-calon lain ialah Lee Boon Chye, Ketua Pemuda PKR Shamsul Iskandar, Azmin Ali, Fuziah Salleh, Mustaffa dan Mansor Othman.

Presiden parti Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dijangka akan mengekalkan jawatannya, sementara suaminya yang juga pemimpin PKR Datuk Datuk Seri Datuk Seri Anwar Seri Anwar Anwar Ibrahim Ibrahim telah menyatakan yang dia tidak akan bertanding sebarang jawatan. Semua sembilan bahagian melantik Dr Wan Azizah untuk jawatan presiden, Jumaat.

Perlis, Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Sabah dan Labuan memulakan pencalonan mereka pada Sabtu.

Pencalonan untuk jawatan-jawatan di peringkat pusat, pemilihan peringkat bahagian dan mesyuarat agung tahunan bahagian-bahagian akan berlangsung selama lapan hari, bermula Jumaat sehingga 3 Okt.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan