Pejabat Pemprosesan Visa Pelajar Suruhanjaya Tinggi British 'Diserbu'

Diterbitkan: Jumaat, 17 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sejumlah 6,000 visa di bawah kategori pelajar dijangka dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tinggi British di sini bagi musim kemasukan baru universiti Britain yang akan bermula Isnin depan.

Tahun lalu, 6,500 visa pelajar telah dikeluarkan kepada rakyat Malaysia yang mendapat tawaran belajar di pelbagai universiti di Great Britain (GB).

Tinjauan The Star di Suruhanjaya British di sini semalam mendapati, ramai pemohon dan ibu-bapa masing-masing terpaksa beratur panjang untuk mendapatkan visa pada saat-saat akhir menjelang kemasukan baru Isnin depan.

'Serbuan' untuk mendapatkan visa ini berlaku kerana kebanyakan pemohon hanya menerima berita mengenai kejayaan mereka mendapat tempat pada saat-saat akhir.

Pemangku Pesuruhjaya British, Ray Kyles berkata, pegawai-pegawai bahagian pemprosesan visa telah bekerja lebih masa dan juga pada hujung minggu bagi memastikan kesemua mereka yang mendapat tempat memperolehi visa masing-masing bagi membolehkan mereka menyertai minggu suaikenal minggu depan.

Buat masa ini terdapat sejumlah 12,500 pelajar Malaysia yang sedang menuntut di GB menyumbang RM1.361 bilion setahun kepada sektor pendidikan Britain.

GB masih menjadi pilihan utama rakyat Malaysia untuk melanjutkan pelajaran di sebalik kos pengajian yang terlalu tinggi.

Ditanya tentang proses kelulusan visa pelajar, Kyles berkata, sekiranya pemohon mengemukakan semua dokumen yang diperlukan khususnya surat tawaran kemasukan dan bukti kemampuan pembiayaan, proses berkenaan tidak ada masalah.

Kyles juga mengingatkan ibu-bapa yang ingin membuat tempahan tiket penerbangan supaya turut mengambil jangka waktu memproses visa berkenaan.

Maklumat lanjut dan juga garispanduan memohon visa boleh diakses di www.vfs-uk-my.com.

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan