NUJ Malaysia Peroleh Presiden Baru

Diterbitkan: Jumaat, 17 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Wartawan Utusan Melayu Mohamed Ha'ta Wahari dipilih menjadi Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan Malaysia (NUJ) yang baru pada persidangan perwakilan dwitahunan ke-17 yang diadakan di sebuah hotel di Petaling Jaya, Jumaat.

Dalam satu kenyataan, NUJ berkata Mohamed Ha'ta menewaskan Saifulizam Mohamed, juga dari Utusan Melayu, dengan majoriti 218 undi.

Mohamed Ha'ta mengambil alih kepimpinan kesatuan itu daripada Norila Daud yang tidak mempertahankan jawatan. Norila menjadi presiden sejak 1998.

Bagi dua jawatan timbalan setiausaha agung, Kuan Tai Huat (Nanyang Siang Pau) dan Baharuddin Reseh Yaacob (Utusan Melayu) dipilih menyandang jawatan dalam pertandingan tiga penjuru jawatan itu.

Chin Sung Chew (Sin Chew) dan Osman Lisut (NST) memenangi jawatan naib presiden tanpa bertanding.

Penyandang jawatan setiausaha agung V. Anbalagan (NST) menang tanpa bertanding semasa penamaan calon ditutup pada 3 Sept lepas.

Timbalan bendahari agung Hafiz Idzla Mohd Hafidzan (Utusan Melayu) turut menang tanpa bertanding.

Mohamed Ha'ta dalam ucapannya berkata majlis eksekutif NUJ yang baru akan melihat isu-isu yang melangkaui hal-hal "punca pendapatan" anggota dan akan meminta kerajaan untuk meliberalisasikan undang-undang, khususnya berkaitan media cetak.

Para perwakilan turut meluluskan usul untuk menubuhkan tabung kebajikan NUJ bagi membantu anggota dan ahli keluarga mereka.

Mereka turut meluluskan resolusi yang memohon persetujuan daripada 1,337 anggota untuk meningkatkan langganan bulanan daripada RM5 sekarang ini kepada RM10. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan