Ketua Angkatan Muda PKR Nak Tanding Naib Presiden

Diterbitkan: Jumaat, 17 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Mohd Akin hari ini menawarkan diri bertanding jawatan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pemilihan yang dijadual November ini.

Beliau berkata keputusan itu dibuat selepas mendapat sokongan akar umbi yang mahu melihat lebih ramai golongan muda pada peringkat kepimpinan pusat.

"Setelah mendengar nasihat rakan-rakan, saya merasakan sudah sampai masanya untuk seorang anggota muda diangkat ke atas (pusat) supaya idealisme anak muda ini boleh kita bawa ke peringkat tertinggi parti," katanya pada sidang media mengenai perkara itu di sini.

Daripada tujuh jawatan naib presiden, empat adalah menerusi pemilihan parti manakala baki dilantik oleh Majlis Pimpinan Pusat (MPP).

Mengulas mengenai jawatan Ketua AMK, Shamsul Iskandar berkata beliau difahamkan buat masa ini beberapa calon telah menawarkan diri termasuk Ketua Cabang Rembau Badrul Hisham Shaharin, Ketua Cabang Parit Sulong Hasmi Hashim dan Bendahari PKR Terengganu Rafizi Ramli.

Mesyuarat agung dan pemilihan peringkat cabang bermula esok hingga 3 Okt ini manakala pemilihan bagi MPP akan diadakan pada 29 Oktober hingga 21 November, iaitu sebelum berlangsungnya kongres agung tahunan parti pada 27 November.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan