Karnival Ekspo Malaysia Mampu Jana Pertumbuhan Ekonomi Tempatan

Diterbitkan: Jumaat, 17 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SERDANG: Penganjuran julung kali Karnival Ekspo Malaysia yang bermula pada Khamis dilihat dapat menjadi platform kepada peningkatan ekonomi domestik.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, eskpo seperti itu mampu meluaskan pasaran bagi produk terutamanya buatan tempatan sebagai satu alternatif selain pusat membeli-belah.

Sehubungan itu, Ismail Sabri menyarankan sektor kerajaan dan swasta bekerjasama dan mengukuhkan lagi ekonomi negara sekaligus dapat membantu industri tempatan untuk terus berkembang.

"Aktiviti membeli-belah sememangnya merupakan satu aktiviti yang amat digemari masyarakat. Dengan adanya transaksi perniagaan sedemikian, ia sekaligus dapat membantu menjana ekonomi tempatan," katanya semasa merasmikan karnival itu di sini, Khamis.

Dalam pada itu, Ismail Sabri beliau turut menegaskan, kementeriannya sedang bergiat aktif dalam melaksanakan kempen Beli Barangan Malaysia yang berpegang kepada objektif untuk meningkatkan ekonomi tempatan melalui menggalakkan penggunaan tempatan.

"Kempen ini bukan sahaja mampu membantu pengusaha tempatan berkembang, malah membantu pengguna mendapatkan produk berkualiti pada harga berpatutan," ujarnya.

Katanya lagi, ekspo yang diadakan turut sesuai bagi memperkenalkan produk-produk baru dan melihat sendiri maklum balas pengguna terhadap barangan yang ditawarkan.

Malah katanya, ia dapat membantu pengusaha menjalinkan perhubungan perniagaan dengan pengusaha lain dalam mengembangkan perniagaan mereka.

Menurutnya lagi, kerajaan juga telah merancang untuk menganjurkan Ekspo Beli Barangan Malaysia yang hanya melibatkan barangan jenama daripada negara ini sahaja.

Kerajaan juga katanya, telah merancang untuk mengadakan enam lagi ekspo sama yang bakal diadakan mengikut zon di Pulau Pinang, Kuantan, Melaka, Johor, Sabah dan Sarawak.

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan