5 Cabang PKR Kedah Cadangkan Wan Azizah Untuk Kekalkan Jawatan Presiden

Diterbitkan: Jumaat, 17 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Lima cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Kedah yang mengadakan mesyuarat agung tahunan mereka hari ini mencalonkan Presidennya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk mempertahankan jawatan itu pada pemilihan parti November ini.

Pengerusi PKR Kedah Ahmad Kassim berkata cabang berkenaan yang merupakan yang pertama bermesyuarat bermula Jumaat adalah Langkawi, Kuala Kedah, Alor Setar, Kubang Pasu dan Pokok Sena.

"Biro Politik PKR Kedah sebelum ini meminta kesemua 15 cabang di negeri ini supaya mencalonkan (Penasihat PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk jawatan Presiden.

"Anwar kemudian menyatakan tidak mahu menerima pencalonan kerana mahu tumpukan kepada perkara lebih besar. Jadi saya lihat cabang-cabang beralih semula kepada Wan Azizah," katanya kepada pemberita, di sini Jumaat.

Ahmad berkata bagi jawatan Timbalan Presiden, Cabang Langkawi dan Kubang Pasu mencalonkan Naib Presiden Azmin Ali manakala Kuala Kedah mencalonkan seorang lagi Naib Presiden Mustafa Kamil Ayub, Pokok Sena (Pengarah Strategi PKR Tian Chua) dan Alor Setar (Datuk Zaid Ibrahim). -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan