Siasatan Pembunuhan Sosilawati Tanpa Unsur Perkauman - KPN

Diterbitkan: Khamis, 16 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BANTING: Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar yang baru memegang tampuk kepimpinan tertinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkata siasatan kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lelaki lain dilakukan tanpa sebarang unsur perkauman. Kes siasatan Sosilawati adalah kes jenayah biasa kerana ada penjenayah dan ada mangsa, katanya ketika sesi dialog bersama pemimpin masyarakat di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat di sini, Khamis sempena lawatan pertama beliau ke Selangor sebagai Ketua Polis Negara.

Pada sesi dialog itu beliau berkata siasatan terhadap kes-kes yang ada unsur perkauman seperti kes pembakaran gereja di Petaling Jaya dan surau di Johor dijalankan berlandaskan undang-undang.

Beliau berkata masyarakat perlu faham bahawa proses pendakwaan kes itu adalah di bawah bidang kuasa Peguam Negara bukannya polis.

Ismail berkata demikian selepas seorang daripada pemimpin masyarakat setempat membangkitkan isu mengapa kes surau di Negeri Sembilan yang dibaling cat dan botol arak tidak dibawa ke mahkamah sedangkan kes pembakaran gereja ada yang dihadapkan ke mahkamah.

Ismail turut mengarahkan polis Selangor termasuk daerah Kuala Langat supaya memantau peningkatan penglibatan golongan belia di daerah itu dalam kegiatan jenayah.

Sementara itu, Ismail berkata beliau akan melihat keperluan menambah anggota dan sokongan logistik di Ibu Pejabat Polis Daerah itu dan keperluan meletakkan seorang Assisten Komisioner Polis bagi mengetuai polis di sana berbanding hanya seorang Superitendan ketika ini.

Perkara itu dibangkitkan oleh Ketua Bahagian MCA Kuala Langat Datuk Eii Kim Hock yang menyatakan bahawa kekuatan polis di daerah itu perlu dipertingkat memandangkan pembangunan pesat di daerah itu yang dikelilingi oleh Putrajaya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang dan kawasan pesisiran pantainya yang panjang.

Beliau berkata penduduk di daerah itu juga kini berjumlah 200,000 orang.

Eii berkata beliau berharap kereta peronda polis di daerah ini ditingkatkan kerana kehadiran mereka di jalan raya melegakan hati penduduk dan mereka kini merasa yakin dan selamat dengan kehadiran polis.

Beliau turut berterima kasih dengan tindakan polis di Kuala Langat kerana berjaya membanteras kegiatan mesin judi di daerah itu dan memuji tindakan pantas polis dalam menyiasat kes pembunuhan Sosilawati walaupun semasa sambutan Hari Raya Aidil Fitri.

Ismail dalam pada itu berkata polis berjaya menurunkan kadar indeks jenayah di daerah itu sebanyak 14 peratus dalam tempoh Januari hingga Ogos tahun ini. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan