Puad Pertahankan Pendirian Kritik SKMM

Diterbitkan: Khamis, 16 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Anggota Majlis Tertinggi Umno Dr Mohd Puad Zarkashi mempertahankan pendiriannya mengkritik keberkesanan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dalam bertindak ke atas portal berita The Malaysian Insider walaupun tindakan beliau itu dianggap tidak wajar oleh sesetengah pihak.

Mohd Puad yang juga Timbalan Menteri Pelajaran berkata, pendapat beberapa ahli akademik semalam yang meminta beliau menggunakan saluran lain selain media untuk memberi teguran terhadap SKMM tidak seharusnya berlaku kerana beliau hanya cuba menjaga imej kerajaan.

"Sepatutnya mereka (ahli akademik) dapat melihat niat saya adalah memastikan portal berita (The Malaysian Insider) tidak terus memutar belit fakta dan menimbulkan provokasi yang boleh menggugat kestabilan negara.

"Jangan bersikap 'double standard' dengan kenyataan saya kerana saya selaku pemimpin kampung dan ahli MT Umno berhak melakukan tindakan demikian bagi memastikan imej kerajaan terjaga di samping memastikan SKMM terus relevan," kata beliau ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata demikian ketika memberi respon kepada pandangan beberapa ahli akademik semalam yang merasakan beliau seharusnya menggunakan saluran lain selain media untuk mengkritik SKMM yang bernaung di bawah kementerian lain.

Ahli-ahli akademik berkenaan berpendapat tindakan Mohd Puad menegur kelewatan SKMM bertindak ke atas The Malaysian Insider tidak wajar kerana beliau merupakan anggota kementerian.

Bagaimanapun, Mohd Puad juga berkata menteri (Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim) sendiri mengakui melalui media, SKMM memerlukan pendekatan lebih agresif dalam menangani kes-kes berkaitan alam siber kerana ia memerlukan lebih daripada bukti fizikal semata-mata.

"Walaupun SKMM di bawah kementerian, tetapi badan tersebut merupakan suruhanjaya bebas...dan seringkali SKMM dicemuh banyak pihak dalam menangani kes-kes hasutan sebelum ini seperti laman web provokasi, isu Namewee dan sebagainya.

"Jadi bagi saya, tidak timbul isu saya pertikaikan urusan kementerian lain kerana apa yang saya lakukan adalah ke arah menjaga imej kerajaan dari tercalar dan ke arah perjuangan yang membina," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan