Pengurusan Umno Rantau Panjang Diserah Semula Awal 2011

Diterbitkan: Khamis, 16 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

RANTAU PANJANG: Umno Bahagian Rantau Panjang dijangka menguruskan sendiri bahagiannya pada awal tahun depan, yang kini diuruskan oleh Badan Perhubungan Umno Kelantan apabila semua isu dalamannya selesai sebelum tempoh itu.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata jika semuanya selesai pihaknya bersedia untuk memaklumkan kepada Majlis Tertinggi (MT) Umno bagi urusan penyerahan semula urusan pentadbiran itu.

"Sejak 21 Julai lalu, MT telah membuat keputusan agar Badan Perhubungan Umno Kelantan mengambil alih pentadbiran bagi menyelesaikan kemelut dalaman Umno Bahagian Rantau Panjang itu.

"Alhamdulillah dalam tempoh dua bulan itu usaha penyatuan antara puak berbalah hampir selesai dan mereka bersedia berkompromi dan jika semuanya selesai urusan pentadbiran itu akan diserahkan semula yang dijangka pada awal tahun depan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Umno Bahagian Rantau Panjang dan Majlis Aidilfitri di sini, Khamis.

Turut hadir Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Dr Awang Adek Hussin, Ketua Umno Bahagian Abdullah Mat Yassin dan bekas ketua bahagian Datuk Mohd Zain Ismail.

Isu dalaman membabitkan Abdullah dan Mohd Zain timbul apabila kedua-dua mereka telah mengadakan mesyuarat perwakilan berasingan baru-baru ini menyebabkan ia mendapat perhatian MT.

Mengulas isu itu, Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata pada mesyuarat tersebut semua pihak bersetuju agar Badan Perhubungan Umno negeri itu terus mengendali semua urusan bahagian tersebut sehingga tempoh penyerahan semula berlangsung.

"Ini sebagai tempoh peralihan dan kita berharap semua pihak perlu beri kerjasama agar usaha pemulihan berlangsung dalam suasana penuh harmoni," katanya.

Beliau berkata kerusi Parlimen Rantau Panjang dan Dewan Undangan Negeri dalam kawasan Parlimen itu berpotensi untuk dimenangi Barisan Nasional (BN) dan sebab itu Umno perlu memastikan mereka mampu menawan semua kerusi terbabit pada pilihan raya umum akan datang.

Sementara itu dalam ucapan sambutan Aidilfitri, Abdullah berkata apa yang berlaku di Rantau Panjang merupakan suatu rahmat yang kini semua pemimpin bahagian tersebut telah kembali bertaut dan berjanji untuk memastikan Umno kembali kuat. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan