Kerajaan Kedah Diminta Buktikan Peningkatan Hasil Negeri

Diterbitkan: Khamis, 16 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA NERANG: Kerajaan Kedah diminta memberikan penjelasan mengenai peningkatan ketara dalam hasil negeri yang mereka dakwa meningkat sebanyak 205 peratus semasa pemerintahan Pakatan Rakyat berbanding ketika Barisan Nasional (BN). Bekas Menteri Besar Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata ini kerana walaupun mereka mendakwa adanya peningkatan hasil tetapi tiada sebarang pembangunan dilaksanakan di negeri ini dan kerajaan negeri sekarang hanya meneruskan perancangan kerajaan BN sebelum ini.

Beliau yang juga ketua pembangkang berkata peningkatan hasil negeri mesti dibuktikan dengan angka dan projek baru yang dijalankan dan beliau hanya melihat peningkatan hasil kerajaan negeri melalui hasil pembalakan dan cukai tanah.

"Bagaimanapun, saya tak fikir cukai tanah boleh membantu meningkat hasil sehingga 200 peratus. Tiada projek baru di negeri ini dan mereka hanya meneruskan projek sebelum ini.

"Kalau ada peningkatan hasil, kena tunjuk jabatan atau agensi kerajaan mana," katanya pada sambutan Hari Malaysia dan majlis Hari Raya Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Pedu dekat sini, Khamis.

Semalam Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengakui kerajaan negeri masih belum berjaya mencapai manifesto Pilihan Umum 2008 dalam bidang ekonomi tetapi mendakwa kerajaan negeri pimpinannya berjaya meningkatkan hasil negeri sebanyak 205 peratus.

Mahdzir yang juga ADUN Pedu berkata beliau tidak melihat kerajaan negeri berjaya melaksanakan satu pun daripada 15 manifesto pilihan raya umum lalu setelah memerintah Kedah lebih dua tahun.

"Dulu mereka cakap nak kaji cukai pintu...kalau membebankan nak kurangkan. Apa yang berlaku sekarang ini tidak dilakukan, sebaliknya ada kawasan yang cukai pintunya naik," katanya.

Beliau berkata secara keseluruhannya, dari segi ekonominya tidak ada peningkatan dan tiada sebarang usaha ke arah membangunkan ekonomi negeri.

"Saya sedar kerajaan negeri tak mampu untuk melaksanakan semua perkara tetapi mereka kena ada fokus. Tahun pertama memang tak boleh buat. Bila dah masuk tahun ketiga sepatutnya sudah ada perancangan," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan