Kain Rentang "16 Sept Ulang Tahun Pembohongan Anwar" Jadi Tumpuan

Diterbitkan: Khamis, 16 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Beberapa jam sebelum upacara rasmi sambutan Hari Malaysia di Padang Merdeka berlangsung, satu kain rentang yang dipasang berhampiran dan tertulis perkataan "16 September Selamat Menyambut Hari Malaysia dan Ulang Tahun Pembohongan Anwar Ibrahim ke Putrajaya," menjadi tumpuan ramai.

Pemasangan kain rentang itu menarik perhatian orang ramai yang berkunjung ke tempat bersejarah tersebut kerana tarikh 16 September telah dikaitkan dengan pembohongan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagi rakyat negara ini yang mengetahui perkembangan politik tanah air, 16 September 2008 akan diingati sebagai tarikh bila Anwar menjanjikan kerajaan baru pimpinannya di Putrajaya.

Bagaimanapun, ia tidak menjadi kenyataan sehingga ada yang menganggap 16 September sebagai tarikh pembohongan Anwar.

Setakat ini, tidak diketahui pihak mana yang bertanggungjawab memasang kain rentang tersebut.

Hakikatnya, 16 September merupakan tarikh istimewa dan penuh bermakna untuk negara kerana pada tarikh tersebut, Sabah dan Sarawak mencapai kemerdekaan menerusi pembentukan Malaysia.

Sambutan Hari Malaysia diadakan sebagai memperingati sejarah dan pengorbanan pemimpin lampau yang menjayakan pembentukan Malaysia pada 16 September 1963, dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual menyampaikan perutusan khas pada majlis itu. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 21 Julai 2017 11:09 AM

Lagak Lelaki Ini Seperti…

Jumaat, 21 Julai 2017 9:00 AM

#akuStar: iR Radzi - Cinta Terakhir

Khamis, 20 Julai 2017 3:30 PM

Luahan Ezlynn Beraya Tanpa Zuriat

Khamis, 20 Julai 2017 12:30 PM

Diana Muntah, Mabuk Teruk - Zamarul

Rabu, 19 Julai 2017 5:00 PM

Sauk Jangan Tak Sauk...

Rabu, 19 Julai 2017 3:27 PM

Beraksi 'Ghairah'? OK Je Kalau...

Rabu, 19 Julai 2017 1:20 PM

Ulat Buku Naik Superbike

Rabu, 19 Julai 2017 7:00 AM

Shah Rukh Khan Kongsi Tips Mengurat Gadis!

Kolumnis

iklan

Iklan