Hari Malaysia Eratkan Hubungan, Semarak Semangat 1Malaysia

Diterbitkan: Khamis, 16 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sambutan Hari Malaysia bukan sahaja bertujuan merayakan kelahiran satu identiti nasional bagi negara, bangsa dan rakyat, malah mengeratkan hubungan serta memupuk persefahaman antara kaum.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon berkata ia juga mendorong pencapaian masyarakat dalam pelbagai bidang, menjana dan mencapai pembangunan sosioekonomi serta menyemarakkan semangat 1Malaysia.

"Dengan pengisytiharan Hari Malaysia sebagai cuti awam bagi Semenanjung juga, adalah diharapkan suka duka rakyat Sabah dan Sarawak dapat diatasi bersama oleh rakyat Semenanjung.

"Dengan demikian, semangat integrasi nasional di antara tiga wilayah akan dapat dipertingkatkan," katanya dalam satu kenyataan sempena sambutan Hari Malaysia.

Beliau juga berkata perpaduan negara dan integrasi nasional mampu menjadikan Malaysia lebih stabil, kukuh serta aman selain menjadi asas terpenting mencapai semua matlamat Wawasan 2020 iaitu untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju dalam semua aspek.

Koh yang turut mengucapkan Selamat Hari Malaysia dan Salam 1Malaysia kepada semua berharap rakyat negara ini akan "terus bersatu hati, berganding bahu dan berkongsi nasib ke arah masa hadapan bersama yang cerah." - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan