Soi Lek Tidak Kecewa Dengan Laporan Polis Terhadapnya Oleh Perkasa

Diterbitkan: Rabu, 15 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata beliau tidak merasa kecewa dengan laporan polis yang dibuat terhadapnya oleh Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) walaupun sehingga dipanggil untuk memberi kenyataan di balai polis.

"Saya tidak fikir saya kecewa dengannya. Saya fikir polis berhak untuk menyiasat. Kita mahu polis menyiasat secara profesional. Mereka mempunyai hak untuk memanggil sesiapa saja sekiranya mereka rasa mereka perlu menyiasat," katanya kepada pemberita selepas menghadiri dialog parti MCA dengan pemilik dan pengendali restoran di sini, Rabu.

Dr Chua ditanya sama ada beliau merasa kecewa atau merasakan wujud bias apabila polis memintanya untuk memberi keterangan setelah Perkasa membuat laporan terhadapnya.

Pada 9 September lalu, beliau memberi kenyataan kepada polis berhubung satu laporan yang dibuat oleh Timbalan Pengerusi Perkasa, Amir Hassan yang mendakwanya telah membuat satu kenyataan berbau perkauman pada Kongres Ekonomi Cina bulan lalu.

Dr Chua dikatakan telah meminta pengurangan secara beransur-ansur syarat pemilikan 30 peratus saham Bumiputera dalam sektor ekonomi.

Beliau pada Rabu berkata beliau merasa sangat selesa kerana beliau tahu bahawa apa yang beliau katakan itu adalah demi kebaikan negara.

"Saya tidak pernah menyentuh hak keistimewaan sesiapa. Saya tidak menyentuh mengenai bangsa dan agama. Saya menyentuh tentang bagaimana untuk memastikan ekonomi Malaysia berdaya saing dalam abad ke-21," jelasnya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan