Penyertaan Sabah Ke Dalam Persekutuan Malaysia Bukan Keputusan Sia-Sia

Diterbitkan: Rabu, 15 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Masyarakat luar bandar di Sabah harus bersyukur kerana penyertaan negeri ini dalam Persekutuan Malaysia 47 tahun yang lepas adalah suatu keputusan kepimpinan terdahulu yang tidak sia-sia, kata Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Rahim Bakri.

Beliau berkata transformasi secara umum telah banyak berlaku di luar bandar khususnya daripada segi pembangunan infrastruktur dan kemudahan awam walaupun tidak dapat dinafikan masih ada sedikit lompang.

"Sebagai seorang yang dilahirkan setengah abad yang lalu, saya dapat menyaksikan secara peribadi perubahan yang telah berlaku daripada suasana luar bandar yang suram dan daif kepada suasana yang lebih ceria dan lebih membangun yang sudah tentu tidak dapat dinikmati sekiranya Sabah berada terus dalam kepompong penjajah," katanya.

Abdul Rahim berkata demikian ketika ditanya mengenai sambutan Hari Merdeka yang akan diadakan esok di Padang Merdeka di sini.

Sambutan Hari Malaysia itu diadakan sebagai memperingati sejarah dan pengorbanan pemimpin lampau yang menjayakan pembentukan Malaysia pada 16 September 1963.

Beliau berkata kesemua nikmat itu lahir daripada kebijaksanaan bersama rakyat dan pemimpin melalui persetujuan politik yang telah menjamin kestabilan negara masa kini.

"Berkat kestabilan itulah kerajaan dapat melaksanakan sembilan rancangan lima tahun dan masyarakat luar bandar sentiasa diberi fokus dan keutamaan dalam rancangan dan pelaksanaan tersebut sehingga transformasi dapat dilaksanakan dengan jayanya," kata Abdul Rahim. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan