Penurunan Kadar Jenayah Boleh Dicapai - Hishammuddin

Diterbitkan: Rabu, 15 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yakin matlamat untuk menurunkan kadar jenayah secara keseluruhan sebanyak lima peratus dan jenayah jalanan sebanyak 20 peratus menjelang Disember ini akan tercapai.

Beliau berkata laporan yang dikeluarkan Program Transformasi Kerajaan (GTP) mengenai penurunan kadar jenayah, meneguhkan keyakinan semua pihak untuk mencapai matlamat tersebut.

"Pencapaian bagi menurunkan indeks jenayah keseluruhan dari Januari hingga Ogos lalu sebanyak 16.24 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu dan penurunan signifikan 37 peratus jenayah jalanan dalam tempoh sama adalah kesan daripada pelbagai langkah dan pendekatan luar kotak yang dicetuskan di bawah inisiatif Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA)," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata kehadiran anggota polis yang lebih ramai, skim rondaan sukarela di samping penugasan semula 6,791 personel polis ke barisan depan dan 3,814 anggota awam mengendali tugas meja memberi impak besar dalam membanteras jenayah.

"Semuanya adalah hasil daripada kerjasama, komitmen dan kebijaksanaan hasil kajian dan perbincangan yang mendalam antara PDRM (Polis Diraja Malaysia) dan Kementerian Dalam Negeri dengan dibantu oleh agensi-agensi yang berteraskan konsep kesukarelawanan seperti Angkatan Relawan Rakyat dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia," katanya.

Mengenai penyusunan tugas anggota polis semasa sambutan Hari Raya, Hishammuddin berkata hanya 10 peratus anggota polis di seluruh negara yang diberi cuti manakala yang lain perlu bertugas.

Beliau berkata ini termasuk lebih 4,000 anggota dan pegawai polis yang terpaksa bertugas mengawasi keadaan trafik terutama di jalan-jalan utama.

Katanya anggota polis turut bertugas mengawasi kawasan perumahan di bandar-bandar besar ketika penghuninya pulang berhari raya ke kampung.

Ini dilakukan terutama di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor, Johor dan Pulau Pinang, katanya.

"Penugasan di kawasan perumahan dikendalikan oleh ketua-ketua polis balai bersama masyarakat setempat menerusi institusi seperti persatuan penduduk," katanya.

Hishammuddin juga berkata PDRM mahu mencari pendekatan yang lebih kreatif dan strategik dalam menangani jenayah pecah rumah dengan mengadakan lebih banyak pertemuan dan mengukuhkan hubungan dengan masyarakat.

"Penglibatan orang awam dalam membantu melengkapkan data dan rekod pengawasan polis pastinya akan membawa kepada perkembangan yang positif dalam perkara ini," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan