Ciri Peribadi Sultan Kelantan Selari Kehendak Rakyat - Umno Kelantan

Diterbitkan: Rabu, 15 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PASIR MAS: Umno Kelantan berpendapat ciri peribadi murni Sultan Kelantan yang baru Tuanku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra yang begitu prihatin terhadap rakyat dan mempunyai ilmu agama yang tinggi adalah selari dengan kehendak masyarakat Kelantan.

Ketua Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, dengan itu pihaknya yakin rakyat Kelantan akan menumpahkan taat setia yang tidak berbelah-bahagi terhadap Sultan Kelantan itu yang telah dimasyhurkan Isnin lepas.

"Kita bersyukur Sultan Kelantan telah dimasyhurkan dan akan taat setia terhadap baginda yang telah dipilih mengikut perlembagaan dan saya yakin rakyat akan memberikan taat setia terhadap baginda.

"Saya telah beberapa kali mengikuti baginda menziarahi masjid dan apa yang Tuanku lakukan selaras dengan kehendak rakyat Kelantan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Mesra Aidilfitri Persatuan Bekas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Malaysia Cawangan Kelantan dan Pasir Mas di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ibrahim 1 di sini, Rabu.

Mustapa yakin dengan pemasyhuran itu, segala isu yang melanda keluarga diraja itu akan selesai akhirnya.

Sementara itu Parti Progresif Penduduk (PPP) juga mengalu-alukan pemasyhuran Tuanku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Kelantan yang dianggap bertepatan dengan kehendak agama dalam memilih seorang pemimpin.

"Saya yakin pelantikan itu dibuat berpandukan kepada Quran dan Hadis, bukan dasar politik atau kuasa," kata Naib Presiden PPP Datuk Nik Sapeia Nik Yusof.

Pengerusi Badan Perhubungan PPP Kelantan itu meminta semua rakyat akur dengan pemasyhuran itu dan menyokong penuh kepimpinan Tuanku Muhammad Faris sebagai Sultan Kelantan yang baru.

Persatuan Anak Kelantan di Perantauan (PERAKAN) bersyukur kerana pemasyhuran itu memberi isyarat dan petanda positif kemelut istana Kelantan akan berakhir.

"Lebih setengah juta rakyat Kelantan yang berada di luar negeri (Kelantan) ini amat bersyukur dan mengalu-alukan penyelesaian kemelut yang melanda negeri ini sejak lebih setahun lalu," kata Presidennya Mohd Radzi Yusoff.

Beliau berharap semua pihak akur dengan keputusan yang dibuat oleh Majlis Perajaan Negeri yang disifatkan sebagai muktamad dan tidak perlu dipersoalkan lagi.

Pasukan Prihatin Maya Kelantan (Prima) turut menyokong dan mengalu-alukan pemasyhuran Tuanku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Kelantan.

Presidennya Mohamad Rafi Awang Kecik berkata baginda amat layak menduduki takhta berdasarkan kepada pengalaman baginda sebagai Tengku Mahkota Kelantan dan Pemangku Raja Kelantan dan terbukti mampu menjalankan tugas dengan baik sepanjang ayahanda baginda Sultan Ismail Petra gering. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan