Tidak Pernah Dengar Pemimpin Umno Mengatakan Melayu Lebih Superior

Diterbitkan: Selasa, 14 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata beliau tidak pernah dengar mana-mana pemimpin Umno mengatakan Melayu lebih superior (hebat) daripada bangsa lain. Beliau berkata jika hubungan bangsa di Malaysia "tidak begitu baik seperti yang sepatutnya", adalah tidak adil untuk menuduh semua pemimpin Umno sering memperkatakan kedudukan tinggi orang Melayu.

"Dalam hubungan saya dengan Umno, saya tidak pernah dengar mana-mana pemimpin Umno yang mengatakan Melayu lebih superior daripada bukan Melayu," katanya kepada pemberita selepas mengadakan sesi dialog kepimpinan Cina mengenai Bajet 2011 di Wisma MCA di sini Selasa.

Dr Chua mengulas kenyataan negarawan Singapura Lee Kuan Yew dalam temu bual di New York Times pada 1 September, yang menyifatkan Malaysia sebagai dalam "keadaan yang paling tidak menggembirakan".

Lee antara lain dilaporkan dalam temu bual itu berkata, "tidak seperti Singapura, tidak terlalu mempertahankan budaya Cinanya, Malaysia mengambil perkembangan lain dengan rakyat Malaysia melihatnya sebagai sebuah negara Melayu di mana semua yang lain adalah orang tumpangan".

Bekas Perdana Menteri Singapura itu juga mengkritik apa yang beliau takrifkan sebagai "hegemoni Melayu rakyat Malaysia", dengan mengatakan bahawa Melayu adalah bahasa sekolah, ia tidak membantu mereka memperoleh pengetahuan moden berbanding Melayu Singapura yang berpendidikan Inggeris dan moden dan memandang ke hadapan.

Dr Chua menerangkan bahawa hubungan bangsa "bukanlah begitu baik seperti yang sepatutnya" kerana selepas pilihan raya umum Mac 2008, terdapat persaingan hebat untuk meraih sokongan.

"Di Malaysia, bangsa merupakan satu isu yang mudah untuk mendapatkan sokongan, tetapi saya tidak fikir ia adalah adil untuk mengatakan bahawa pemimpin Melayu sentiasa mengatakan kedudukan tertinggi Melayu. Ini adalah taktik pembangkang untuk menjadikan Umno dilihat teruk," kata beliau. Bagaimanapun, Dr Chua berkata MCA menghormati pandangan yang dikatakan Lee serta pemimpin lain seperti bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan kumpulan sayap kanan Melayu, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) kerana orang berhak dengan pandangan mereka dan sebagai sebuah negara yang demokratik, orang bukan 100 peratus berkongsi pandangan. "Bagaimanapun, pandangan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) lebih relevan kepada kita kerana Perdana Menteri adalah orang nombor satu di negara ini," kata beliau.

Sehubungan itu, Dr Chua berkata Barisan Nasional (BN) telah membuktikan ia mampu menguruskan hubungan bangsanya berbanding dengan parti pembangkang.

"Sebaagai contoh di Pulau Pinang, saya tidak fikir mereka boleh menguruskan dengan baik dalam hubungan bangsa.

"Sebab itu ada kumpulan tertentu mengadakan demonstrasi. Di Selangor, isu mengenai surat sokongan hanya dilihat membabitkan sebuah parti tertentu.

"Jika anda berkuasa selama 53 tahun dan jika anda tidak ada kecacatan, mungkin ada sesuatu yang salah dengan anda.

"Pakatan Rakyat berkuasa di beberapa negeri tetapi dalam masa dua tahun, ia penuh dengan masalah," kata beliau. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan