Tengku Faris Dimasyhurkan Sebagai Sultan Kelantan

Diterbitkan: Selasa, 14 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan baru pada Isnin.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengumumkan pemasyhuran itu.

Nik Abdul Aziz membuat pengumuman itu di Balai Rong Seri Istana Balai Besar pada pukul 12.30 tengah hari.

Terdahulu, sumber yang dipetik daripada blog The Kelantan Insider iaitu http://thekelantaninsider.blogspot.com/ pada Ahad berkata, pemasyhuran yang dilakukan pada 13 September itu bukan satu pertabalan.

“Dengan izin Allah Tengku Muhammad Faris Petra, dijangka akan dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan yang baru pada hari Isnin 13 September 2010 Masihi bersamaan dengan 4 Syawal 1431 Hijrah.

"Pemasyhuran ini dibuat berdasarkan kepada peruntukan Perkara 23A yang telah dimasukkan ke dalam Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua) melalui Warta Kerajaan Kelantan bertarikh 22 Julai 2010,” menurut entri blog berkenaan pada Ahad.

Menurut blog itu lagi, perincian mengenai perkara tersebut dijangka akan dijelaskan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Aiseri Alias pada sidang media yang dijangka akan diadakan di Istana Negeri, Kubang Kerian pada jam 2 petang hari yang sama.

Dalam petikan blog itu turut menyatakan, Perkara 23A berkenaan berbunyi: “Kelucutan Takhta Kerajaan kerana kecacatan yang besar dan berat 23A. Jika sekiranya setelah disiasat dengan sepenuhnya dan secukupnya, Majlis Perajaan Negeri berpendapat bahawa Raja ada mempunyai apa-apa kecacatan yang besar dan berat yang menyalahi sifat-sifat Raja, yang tidak dibenarkan oleh Hukum Syarak untuk menjadi Raja, maka seorang Pengganti hendaklah dipilih dan dilantik oleh Majlis Perajaan Negeri untuk menjadi Raja mengikut syarat-syarat di bawah Bahagian ini.

”Kemasukan Perkara 23A ke dalam Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua) ini pula adalah dibuat berdasarkan kepada Perkara 3(2) Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua),” katanya.

Ini termasuk, Perkara 3(2) ini berbunyi: “Syarat-syarat mengenai:

(a) naik Takhta Kerajaan dan pangkat kebesaran adat istiadat Melayu;

(b) pelantikan dan sifat seseorang bakal atau bakal-bakal Raja kepada Takhta Kerajaan, Raja Perempuan atau Pemangku Raja ataupun ahli-ahli Majlis Pangkuan Raja bagi Negeri;

(c) pembuangan, menarik balik atau menurunkan daripada Takhta Raja itu atau bakal Raja ataupun bakal-bakal Rajanya;

(d) pelantikan dan sifat Ketua-Ketua Pemerintah ataupun pangkat kebesaran adat istiadat Melayu yang serupa itu dan ahli-ahli Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu, Majlis Penasihat Raja ataupun badan-badan yang serupa itu; dan

e) penubuhan, aturan, pengesahan dan pelucutan pangkat-pangkat, gelaran, kehormatan, kebesaran adat istiadat Melayu dan pekurniaan serta sifat pemegang-pemegangnya dan kawalan bagi istana, balai-balai penghadapan dan istana-istana raja, bolehlah dipinda oleh Yang Maha Mulia dengan Perwawai yang dikeluarkan dengan persertaan dan persetujuan Majlis Penasihat Raja, tetapi tidaklah boleh dipinda dengan mana-mana jalan yang lain.”

Dalam petikan blog itu menambah, selaras dengan perasaan kasih sayang yang mendalam Pemangku Raja kepada ayahanda dan bonda baginda, baginda telah memastikan bahawa taraf dan kedudukan mereka setelah pemasyhuran kekal terpelihara melalui satu lagi peruntukan yang telah turut dimasukkan ke dalam Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua).

“Sukacita ditegaskan bahawa Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, memang bercakap benar apabila menyatakan bahawa beliau belum menerima surat jemputan rasmi untuk menghadiri upacara ini sewaktu beliau berkata demikian.

“Ketidakselesaan kami ke atas tindakan sebuah akhbar tempatan mendedahkan, di samping ketidaksediaan kami mengumumkan, perkara ini lebih awal adalah disebabkan kesedaran kami mengenai wujudnya cubaan untuk menggagalkan upacara ini,” kata blog itu.

Dalam satu laporan akhbar sebelum ini pada Ahad, Pengelola Istana Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad meminta semua pihak menunggu sehingga esok sekiranya terdapat pengumuman mengenai majlis pemasyhuran Tengku Faris sebagai Sultan Kelantan.

Menurut beliau, sehingga laporan yang disiarkan, pihak Istana masih tidak mendapat apa-apa arahan berhubung majlis yang didakwa akan berlangsung itu.

"Saya tidak menerima titah untuk majlis yang didakwa esok (Isnin). Apa-apa pun kita tunggu sekiranya diumumkan sebarang kenyataan berhubung perkara itu," katanya.

Sementara itu, laporan dalam akhbar yang sama pada Jumaat lalu menyiarkan berita tentang Tengku Faris dipercayai akan dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan Isnin bagi menggantikan ayahandanya, Tuanku Ismail Petra, yang gering sejak setahun lalu.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan