Laluan Buggy RM4.5 Juta Dibina Di Pulau Redang

Diterbitkan: Selasa, 14 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Sebatang jalan bagi laluan buggy sepanjang 1.5 kilometer sedang dibina di pantai Pasir Panjang di Pulau Redang melibatkan peruntukan RM4.5 juta.

Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Datuk Mat Razali Kassim berkata tujuan laluan buggy itu dibina bagi kemudahan membawa barang-barang pelancong yang bercuti ke resort-resort dan rumah tumpangan di pulau berkenaan.

"Kerja-kerja pembinaan laluan buggy itu kini sudah mencapai 90 peratus dan dijangka siap sepenuhnya tidak lama lagi.

"Bagaimanapun oleh kerana semua resort dan rumah tumpangan akan ditutup pada musim tengkujuh, maka ia dijangka dapat digunakan pada Februari tahun depan," katanya.

Mat Razali berkata laluan buggy itu bermula dari jeti di hujung pulau berkenaan, melalui resort-resort di sepanjang pantai pulau itu.

Pulau Redang, yang merupakan antara 10 pulau tercantik dunia, menjadi tumpuan pelancong bermula Mac hingga Oktober setiap tahun.-BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan