Ketua Polis Negara Baru Janji Beri Khidmat Terbaik

Diterbitkan: Selasa, 14 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Ismail Omar yang memulakan tugasnya pada Isnin berjanji akan memberikan khidmat terbaik kepada seluruh rakyat dan negara dengan berpaksikan undang-undang dan bidang kuasa yang diperuntukkan kepadanya.

Beliau berkata, tanggungjawab berat yang digalasnya memerlukan sokongan dan kerjasama erat daripada pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam merealisasikan objektif PDRM berlandas Akta Polis Perkara 3 (3).

"Tidak ada seorang KPN yang mampu menjalankan tugasnya sendirian dengan kudrat yang ada tanpa bantuan dan sokongan dari pegawai dan seluruh anggota.

"Saya melihat kepada lapan KPN sebelum ini di mana mereka mampu menjalankan tugas yang diamanahkan dengan baik, dan saya yakin mampu melakukan perkara yang sama dengan bantuan dan sokongan semua pihak," katanya ketika berucap pada Majlis Serah Terima Tugas Timbalan Ketua Polis Negara di Mes Pegawai Bukit Aman di sini, Isnin.

Ismail berkata, pada hari pertama memulakan tugas, beliau akan bertemu empat mata dengan semua pengarah, timbalan pengarah dan Ketua Polis Negeri.

Terdahulu, Ismail menandatangani serah terima tugas jawatannya sebelum ini kepada Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Datuk Hussin Ismail yang dilantik sebagai Timbalan KPN.

Serah terima tugas itu disaksikan Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Kementerian Dalam Negeri, Datuk Raja Azhar Raja Abdul Manap.

Hussin dalam ucapannya berkata, beliau akan memberi sokongan penuh kepada KPN dalam melaksanakan dasar dan strategi serta pelan yang dirancang.

"Saya akan menggalas cabaran baru ini dengan penuh komited untuk seluruh pasukan dan akan memberi kerjasama sepenuhnya dalam membantu KPN," katanya.

Ismail, 57, dilantik sebagai KPN menggantikan Tan Sri Musa Hassan yang tamat kontraknya semalam selepas berkhidmat selama 41 tahun dalam pasukan.

Pelantikan Ismail sebagai KPN dan Hussin, 57, sebagai timbalan KPN diumumkan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein pada 1 September lalu. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan