Kekurangan Bukti Punca SKMM Gagal Dakwa Kes Hasutan

Diterbitkan: Selasa, 14 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JELEBU: Kekurangan bukti dan ketiadaan pakar forensik komputer antara perkara yang menyebabkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) gagal membawa beberapa kes penghinaan dan hasutan yang berlaku dalam laman web ke mahkamah.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata soal pokok untuk pendakwaan ialah bukti yang kukuh dan mencukupi.

Apabila disiasat, kebanyakan bukti telah dipadamkan dan gagal dikesan, katanya kepada pemberita selepas majlis sambutan Aidilfitri di sini, Selasa.

Oleh yang demikian, katanya langkah SMKM menubuhkan pasukan khas, antara lain adalah untuk mendalami ilmu forensik komputer yang mampu mendapatkan semula maklumat walaupun maklumat pada cakera keras komputer sudah dipadam.

"Dengan pengetahuan forensik komputer, maka kita lebih mudah untuk berhadapan dengan Facebook, Twitter dan cara mereka menggunakan sesuatu alamat di bawah laman web yang biasa," katanya.

Katanya, kerajaan amat serius untuk menyelamatkan negara ini daripada pelbagai perkembangan negatif yang disebarkan dalam internet seperti penghinaan yang pernah dibuat oleh Wee Meng Chee atau Namewee terhadap lagu Negaraku dan Tenaga Nasional Berhad.

Beliau memaklumkan terdapat 13 kes penghinaan dan hasutan terhadap perkauman di negara ini telah diserahkan ke Jabatan Peguam Negara untuk tindakan.

Semalam, Rais berkata SKMM telah menubuhkan satu pasukan khas untuk menyiasat aduan mengenai hasutan berbau perkauman yang banyak terdapat dalam internet serta laman rangkaian sosial seperti Facebook dan Twitter.-BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan