Elak Kes Bunuh Sosilawati Jadi Isu Perkauman

Diterbitkan: Selasa, 14 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Shahrizat (empat dari kanan) bersama-sama membaca surah Yassin pada majlis tahlil di kediaman Sosilawati. Turut kelihatan ialah  anak-anak pengasas kosmetik tersebut dan Balqis Dayana (baju hitam). Foto: THE STAR/CHAN TAK KONG
Shahrizat (empat dari kanan) bersama-sama membaca surah Yassin pada majlis tahlil di kediaman Sosilawati. Turut kelihatan ialah anak-anak pengasas kosmetik tersebut dan Balqis Dayana (baju hitam). Foto: THE STAR/CHAN TAK KONG

KUALA LUMPUR: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil meminta semua pihak tidak menjadikan isu pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya sebagai isu perkauman atau politik.

Beliau berkata, semua pihak hendaklah berfikiran rasional dan waras kerana kejadian yang menimpa pengasas produk Nouvelle Visages dan tiga lagi yang lain merupakan kes jenayah.

“Jangan terlalu mengikut emosi, hati dan perasaan. Jangan membawa politik ke dalam semua aspek kehidupan,” tegasnya pada sidang media selepas menghadiri majlis tahlil di kediaman Sosilawati di Taman Harmonis, Gombak, di sini, Selasa.

Tambah Shahrizatdan menambah, isu itu boleh menimbulkan bahaya jika terus dibiarkan.

Sehubungan itu, beliau akan mengarahkan semua pemimpin Wanita Umno untuk bersama-sama menghakis dakwaan tersebut yang sudah mula kedengaran daripada peringkat akar umbi.

“Kita akan membawa mesej perpaduan dan keamanan serta menolak keganasan,” katanya

Shahrizat yang turut mengucapkan takziah kepada semua keluarga mangsa juga meluahkan perasaan jelik terhadap seorang peguam yang merupakan salah seorang suspek utama dalam pembunuhan kejam itu.

"Sebagai bekas pengamal undang-undang, saya berasa jelik kerana hanya disebabkan seekor kambing hitam ia telah menyebabkan seluruh badan perundangan tercemar," katanya.

Beliau turut menyifatkan kejadian yang berlaku sebagai wake-up call kepada masyarakat untuk tidak lepas tangan semata-mata kepada polis dan pihak berkuasa untuk menjaga keamanan.

"Tanggungjawab untuk menghakis budaya keganasan bermula daripada peringkat keluarga, masyarakat dan komuniti. Ia merupakan tanggungjawab bersama," tambahnya.

Majlis tahlil itu dianjurkan oleh Wanita Umno dan turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim, Datuk Maznah Abdul Hamid dan kira-kira 500 wakil Wanita Umno seluruh negara.

Turut hadir ialah bekas isteri pemandu peribadi Sosilawati, Kamaruddin Shansuddin yang turut dibunuh, iaitu Noor Fazilah Ab Sani dan tiga anaknya, Balqis Dayana, 10, Izran Akmal, 9, dan Irfan Aiman, 8 tahun.

Sosilawati, 47, Kamaruddin, 44, pegawai bank CIMB Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguamnya, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dibunuh selepas dilaporkan hilang kira-kira dua minggu.

Mereka hilang selepas dikatakan berada di Banting, dekat sini untuk urusan pembelian tanah bersama seorang peguam yang bergelar Datuk.

Pada Isnin lalu, polis mengesahkan semua mereka dibunuh dengan kejam dan dibakar sebelum abunya dibuang ke sungai berhampiran di Tanjung Sepat, dekat sini.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan