Agong Berlepas Untuk Lawatan Tugas Khas Negara

Diterbitkan: Selasa, 14 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah berlepas untuk lawatan tugas khas negara ke United Kingdom, Amerika Syarikat dan Kanada, Selasa.

Pesawat khas yang membawa Seri Paduka berdua dan rombongan berlepas dari Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia di Subang dekat sini kira-kira 10.45 pagi.

Antara yang hadir untuk mengucapkan selamat jalan kepada Seri Paduka berdua ialah Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, Jabatan Perdana Menteri Datuk Zainol Othman serta beberapa pegawai Jabatan Perdana Menteri.

Baginda dan rombongan dijadual tiba di United Kingdom pada 15 September dan bakal disambut Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom Datuk Zakaria Sulong, menurut kenyataan Istana Negara.

Menurut kenyataan itu, lawatan Seri Paduka berdua ke United Kingdom adalah bagi memenuhi undangan Putera Charles untuk berangkat ke majlis Makan Malam Gala Earth Award yang akan berlangsung di Clarence House London pada 16 September.

Pada 18 September, baginda berdua dijadual berlepas ke Amerika Syarikat bagi mengadakan lawatan ke Universiti Cornell bagi menyaksikan teknologi pembiak-bakaan kuda di universiti tersebut. Baginda berdua kemudiannya akan berlepas ke Montreal, Kanada selepas lawatan ke Amerika Syarikat itu.

Semasa di Montreal, Seri Paduka akan mengadakan lawatan ke Lucky Harvest Therapeutic Riding Centre, McGill University Health Centre dan Montreal General Hospital manakala Permaisuri Agong pula akan melawat Montreal Children's Hospital.

Pada 21 September, baginda berdua akan berlepas ke Toronto, Kanada dan dijadual melawat Guelph University dan Ontario Veterinar College dan para hari berikutnya akan menghadiri majlis Santapan Malam Bersama Masyarakat Malaysia di Kanada yang diadakan di Villa Malaysia Restaurant.

Menurut kenyataan itu, lawatan tugas khas baginda ini adalah lanjutan daripada kerjasama projek Brain Gain yang dianjurkan bersama oleh Akademi Sains Malaysia (ASM) dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Yayasan Diraja Sultan Mizan (YDSM) adalah penerima geran Brain Gain bagi menjalankan kerjasama teknikal dan saintifik dalam melatih tenaga akademik dan penyelidikan di kalangan tenaga penyelidik institut pengajian tinggi awam (IPTA) tempatan yang terdiri daripada INSZA, UiTM, UMT dan UPM dengan Universiti McGill, Montreal, Kanada dalam penyelidikan dan inovasi gen Biostell Silk.

Inisiatif kerjasama untuk membangunkan kepakaran saintifik dalam genomics di IPTA tempatan dan institusi penyelidikan ini juga diperluaskan termasuk dalam sains pertanian dan pemakanan di Universiti Guelph.

Pihak Universiti Guelph telah dikenal pasti mampu untuk bekerjasama dalam projek Biostell Silk dan juga pertanian persis dan teknologi makanan melalui program NASA Life Support System.

Lawatan tugas khas baginda dijangka akan dapat membuka lembaran baru bagi membangunkan kemahiran kepakaran dan teknik penyelidikan dalam bidang yang strategik seperti Genomics dan Sistem Pertanian Persis.

Rombongan Seri Paduka berdua dijadual pulang ke tanah air pada 27 Sept.-BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan