Abdul Khalid Belum Buat Keputusan Tanding Timbalan Presiden PKR

Diterbitkan: Selasa, 14 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GOMBAK: Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim belum membuat sebarang keputusan berhubung hasrat untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pemilihan parti bulan depan.

"Saya belum mahu komen lagi. Tidak ada sebarang keputusan yang saya buat mengenainya," katanya yang diminta mengulas sama ada beliau mahu bertanding bagi jawatan tersebut.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas melawat keluarga jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya di kediaman pengasas produk Nouvelle Visages itu di sini, Selasa.

Timbalan Presiden PKR. Senator Dr Syed Husin Ali sebelum ini mengesahkan tidak akan mempertahankan jawatan Timbalan Presiden PKR pada pemilihan parti bulan depan.

Dalam pada itu, Abdul Khalid berkata, diharapkan kes pembunuhan Sosilawati dan tiga yang lain dapat diselesaikan segera bagi meredakan keadaan.

"Saya berasa pihak polis menjalankan tugas sebaik-baiknya menunjukkan keupayaan dengan begitu cepat terhadap jawapan kepada perkara ini," katanya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan