'Saya Akan Buat Kejutan Sama Ada Bertanding Atau Tidak':Ibrahim Ali

Diterbitkan: Isnin, 13 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PASIR MAS: Anggota Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali berkata beliau akan membuat kejutan pada pilihan raya umum kelak sama ada bersedia bertanding mempertahankan kerusi yang disandang atau sebaliknya.

Mendakwa mempunyai strategi tertentu, Ibrahim berkata beliau tidak mempunyai masalah jika PAS atau Umno tidak membenarkannya bertanding mewakili parti berkenaan pada pilihan raya umum akan datang.

"Mungkin saya boleh adakan kerjasama dengan parti lain seperti bertanding dulu ataupun tubuh parti baru.

"Saya tahu baik PAS atau Umno mungkin tidak menerima saya dan ada juga parti lain yang menjauhkan diri kerana saya dalam Perkasa dan apa pun tunggulah kejutan nanti," katanya pada rumah terbuka beliau yang diadakan di pekarangan Stesen Keretapi Psir Mas di sini, Ahad.

Semalam Pengarah Jentera Pilihan Raya PAS Kelantan Abdul Fatah Haron menegaskan PAS Kelantan tidak lagi memberikan peluang kepada Ibrahim untuk bertanding menggunakan lambang parti itu pada pilihan raya umum nanti.

Pada pilihan raya umum lalu Ibrahim, yang merupakan calon bebas, memenangi kerusi Parlimen itu atas tiket PAS.

Mengulas perkara itu Ibrahim berkata orang sepertinya tidak mempunyai masalah untuk bertanding di mana-mana kawasan yang mempunyai majoriti penduduk Melayu di negara ini dan yakin pemimpin Melayu sepertinya mampu memberikan saingan sengit.

"62 peratus kawasan Parlimen di negara ini mempunyai majoriti pengundi Melayu dan saya ada cadangan untuk itu (bertanding)," katanya.

Beliau berkata apa yang penting adalah memberikan khidmat sebaik mungkin kepada penduduk di Pasir Mas yang banyak memerlukan pembelaan.

"Saya penuh yakin penduduk di sini masih memerlukan saya dan sebagai contoh lihatlah begitu ramai yang datang pada rumah terbuka saya ini," katanya.

Sementara itu, beberapa penduduk yang juga pengundi di situ mahukan Ibrahim terus menjadi wakil mereka untuk kerusi Parlimen itu.

Bagi mereka Ibrahim sudah melakukan banyak perkara walaupun tidak mewakili mana-mana parti tetapi mampu memberikan khidmat terbaik kepada penduduk. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan