Penyewa Terkejut "Tuan Rumahnya" Suspek Kes Bunuh Sosilawati

Diterbitkan: Isnin, 13 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BANTING: Penyewa rumah peguam berpangkat Datuk yang ditahan polis berhubung kes pembunuhan jutawan kosmetik, Sosilawati Lawiya terkejut dengan penahanan "tuan rumahnya" itu selepas gambarnya disiarkan media hari ini.

Seorang peniaga yang juga menguruskan perniagaan katering dan hanya mahu dikenali sebagai Kak Ana, 45, terkejut dan seolah tidak percaya dengan penangkapan peguam itu kerana menyifatkan tuan rumahnya itu seorang lelaki yang baik, peramah dan sentiasa bertegur sapa.

"Akak terkejut tengok gambar dia (peguam) dalam akhbar hari ini. Memanglah tahu kes ini libatkan seorang peguam berpangkat Datuk di Banting, tapi tak sangka pula dia...Akak memang tak percaya dia buat semua tu sebab dia baik sangat," katanya.

Ketika ditemui di rumah sewanya, iaitu bersebelahan rumah peguam berusia 41 tahun itu di sebuah taman di sini, beliau berkata peguam itu menginap di rumah semi-D berkembar di situ seorang diri manakala anak-anak dan isterinya tinggal di Puchong untuk menemani salah seorang anak mereka yang bersekolah (sekolah swasta) di sana.

"Masa akak pindah sejak April tahun ini, dia (peguam) ada beritahu anak-anak dan isterinya hanya akan datang serta melawatnya di rumah itu seminggu sekali sahaja," katanya.

Isteri seorang pesara polis itu berkata sepanjang menyewa di rumah itu, beliau tidak melihat sebarang kecurigaan di rumah peguam itu mahupun peguam itu sendiri.

"Macam biasa, dia memang rajin bertegur sapa, tak cakap lebih-lebih. Akak tak syak apa-apa. Hanya nampak dia pergi dan balik kerja sahaja," katanya.

Semalam, polis mengesahkan penangkapan peguam berpangkat Datuk, adiknya yang juga seorang peguam dan enam lagi bagi membantu siasatan kes berprofil tinggi itu.

Sosilawati bersama tiga lelaki iaitu pemandu peribadinya, Kamaruddin Shansuddin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Kuala Lumpur, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abd Karim, 32, dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan ke Banting, Selangor untuk urusan pembelian tanah.

Semalam, polis mengesahkan kempat-empat mangsa dipukul sampai mati sebelum dibakar dan abu dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong dekat sini. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan