Gaji Pokok Lebih Tinggi Tarik Minat Kaum Cina Sertai Perkhidmatan Awam

Diterbitkan: Isnin, 13 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Masyarakat Cina kini lebih berminat memohon jawatan dalam kerajaan berbanding sebelum ini berikutan beberapa penambahbaikan dalam skala gaji perkhidmatan awam.

Presiden Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia (Hua Zong) Tan Sri Pheng Yin Huah berkata gaji pokok lebih tinggi telah membuka mata masyarakat itu, khususnya pencari kerja untuk memohon menyertai perkhidmatan awam.

"Gaji pokok perkhidmatan awam malahan lebih tinggi berbanding sektor swasta dalam industri tertentu. Ini amat berbeza berbanding di masa lalu," katanya kepada Bernama di sini.

Sebagai contoh, Pheng berkata kira-kira 450 pencari kerja daripada masyarakat Cina telah memohon kerja dengan kerajaan baru-baru ini dalam kempen anjuran Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan Hua Zong untuk meningkatkan jumlah kakitangan awam bukan Melayu.

Mereka memohon bagi jawatan di bawah 27 kategori, terutama dalam bidang perubatan, perkhidmatan penjagaan kesihatan, imigresen, teknologi maklumat (IT) dan bahagian pentadbiran di pelbagai kementerian.

Pheng berkata beliau gembira dengan sambutan menggalakkan terhadap kempen itu dan memberikan jaminan gabungan itu akan terus memainkan peranan aktif untuk membantu kerajaan mempromosikan peluang yang ditawarkan dalam perkhidmatan awam.

"Sebelum ini kami anjurkan dengan SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) dan baru-baru ini dengan SPA. Kami juga merancang mengadakannya dengan kerjasama Polis Marin pada tarikh yang akan ditetapkan kemudian untuk menarik lebih ramai kaum Cina menyertai pasukan polis," katanya.

Berdasarkan statistik Jabatan Perdana Menteri, jumlah permohonan daripada kaum Cina Malaysia untuk menyertai perkhidmatan awam dan pelantikan mereka dalam sektor itu meningkat 100 peratus pada 2009 berbanding 2007.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon berkata SPA menerima 25,789 permohonan daripada kaum Cina pada tahun lepas berbanding 12,872 permohonan pada 2007.

Katanya pelantikan yang ditawarkan SPA kepada kaum Cina bagi tempoh itu meningkat hampir 100 peratus 2,600 dilantik sebagai kakitangan awam pada 2009 berbanding 1,323 pada 2007.

Statistik setakat Jun tahun ini menunjukkan Malaysia mempunyai 1.29 juta kakitangan awam dengan 77 peratus daripadanya Melayu diikuti Bumiputera Sabah dan Sarawak sebanyak 8.7 peratus, Cina (6 peratus), India (4 peratus) dan lain-lain (4.3 peratus). - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan