Polis Sahkan Sosilawati Bersama Tiga Yang Lain Mati Dibunuh

Diterbitkan: Ahad, 12 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BANTING: Polis mengesahkan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya, 47, dan tiga orang lagi mati dibunuh dan kesemua mayat mereka dibakar sebelum abunya dibuang di sebuah sungai berhampiran Ladang Gadong, Tanjong Sepat di sini.

Bagaimanapun, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata polis masih perlu mendapatkan pengesahan forensik untuk mengesahkan sepenuhnya perkara tersebut.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Daerah Banting di sini Ahad.

Tiga lagi orang ialah pemandu Kamaruddin Shamsudin, 44, pegawai bank CIMB Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32.

Mereka dilaporkan hilang sejak 30 Ogos semasa berada di Banting untuk urusan pembelian tanah. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan