PM India Lawat Malaysia Perhebat Kerjasama Dua Hala

Diterbitkan: Ahad, 12 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MUMBAI: Perdana Menteri India Manmohan Singh, yang akan melakukan lawatan ke tiga negara iaitu Vietnam, Jepun dan Malaysia pada Oktober, amat berminat untuk mengeratkan hubungan dengan Malaysia, dan memperhebatkan kerjasama dalam bidang seperti perdagangan, sains dan teknologi.

Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke India Datuk Tan Seng Sung memberitahu Bernama di New Delhi bahawa Malaysia telah menetapkan "satu matlamat besar" untuk mencapai sasaran jumlah dagangan sebanyak US$50 billion dengan India menjelang 2015.

Dagangan dua hala antara India dan Malaysia mencecah US$7.3 bilion pada 2009, dan pegawai Perbadangan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) di sini menjangkakan angka itu akan meningkat berikutan ekonomi yang semakin pulih.

Kedua-dua negara sedang memuktamadkan perjanjian perdagangan bebas (FTA) yang akan membuka pintu kepada perdagangan bebas antara Malaysia dan India.

Dalam satu kenyataan, Setiausaha Perdagangan India Rahul Khullar melahirkan keyakinan bahawa India bakal memeterai FTA dengan Jepun dan Malaysia menjelang akhir tahun. Malaysia mengenal pasti potensi perniagaan yang besar khususnya dalam keperluan pembangunan infrastruktur India.

Projek monorel Scomi di Mumbai merupakan satu daripada projek berprestij yang diperoleh syarikat Malaysia.

Satu lagi projek perumahan bagi golongan berpendapatan rendah rakyat India juga menjanjikan peluang perniagaan yang baik kepada syarikat-syarikat pembinaan Malaysia.

Sebagai mengiktiraf kepentingan pasaran India, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia Datuk Seri Mustapa Mohamed akan melakukan lawatan kali ketiga ke India tahun ini, kali ini meliputi New Delhi, Mumbai, Pune dan Hyderabad pada November. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan