Mercy Malaysia Perlu RM1 Juta Bina Semula Kemudahan Kesihatan Di Pakistan

Diterbitkan: Ahad, 12 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (Mercy Malaysia) memerlukan dana berjumlah RM1 juta bagi membina semula kemudahan kesihatan yang musnah dalam kejadian banjir di Pakistan.

Presidennya Datuk Dr Ahmad Faizal Perdaus berkata jumlah itu juga bagi menyediakan bantuan perubatan kecemasan kepada mangsa banjir di bahagian selatan negara itu.

Dalam kenyataan di sini Ahad, Dr Ahmad Faizal berkata lebih banyak klinik bergerak dan statik juga diperlukan bagi membantu meringankan penderitaan penduduk yang memerlukan rawatan.

Ketika ini, Mercy Malaysia telah menghantar tiga pasukan untuk membantu lebih 6,000 pesakit di dua buah klinik di daerah Nowshera dan Charsadda.

Sehingga kini, bencana alam itu, yang melanda awal bulan lepas, telah meragut sekurang-kurangnya 1,600 nyawa manakala lebih dua juta lagi kehilangan tempat tinggal.

Individu dan organisasi yang ingin membantu mangsa banjir di Pakistan boleh menyalurkan sumbangan atas nama "Dana Bantuan Pakistan' di akaun Maybank bernombor 5621-7950-4126 atau akaun CIMB di nombor 1424-000-6561053.

Selain itu, orang ramai juga boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan menghubungi Mercy Malaysia di talian 03-2273-3999 atau melawat laman web di alamat www.mercy.org.my.- BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan