Lebuhraya Utara-Selatan Mula Sesak

Diterbitkan: Ahad, 12 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Beberapa lokasi di Lebuhraya Utara-Selatan mengalami kesesakan Ahad berikutan warga kota mula kembali selepas menyambut Hari Raya Aidilfitri di kampung atau bercuti.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata antaranya ialah dari kawasan rehat dan rawat Sungai Perak ke Kuala Kangsar, dan Pedas ke Seremban.

Di laluan antara Tangkak dan Pagoh, kesesakan berlaku ekoran kemalangan maut membabitkan sebuah kereta yang terbabas di lorong kecemasan di Kilometer 166.9.

Kesesakan trafik juga dilaporkan berlaku di sekitar Plaza Tol Ayer Hitam dan Plaza Tol Ayer Keroh, katanya ketika dihubungi, Ahad.

Selain itu, beliau berkata trafik dari arah utara menghala ke Kuala Lumpur bergerak perlahan dari Simpang Pulai ke Slim River.

Jambatan Pulau Pinang menghala ke Perai turut sesak berikutan kerja-kerja pembaikan akibat kebakaran kabel bervoltan tinggi di Kilometer 2 jambatan itu Sabtu.

Katanya, di Lebuhraya Pantai Timur pula, trafik berjalan lancar. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan