Kematian Sosilawati Kehilangan Besar Kepada Kampung Seri Menanti

Diterbitkan: Ahad, 12 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BATU PAHAT: Berita kematian Datuk Sosilawati Lawiya, 47, mengejutkan penduduk tempat kelahiran jutawan kosmetik itu, Kampung Seri Menanti, Sri Medan dekat sini.

Kehilangan beliau dianggap begitu besar kerana beliau cukup terkenal dengan sikap baik dan dermawan.

"Ini satu kehilangan yang besar kerana Sosilawati membantu sesiapa sahaja yang perlukan pertolongan. Contohnya mangsa banjir atau sekolah-sekolah yang meminta bantuan," kata ketua kampung tersebut, Omar Salleh, 63, ketika ditemui pemberita hari ini.

Penduduk kampung tersebut katanya sudah merancang untuk membuat solat hajat bagi mendoakan kesejahteraan Sosilawati dan berharap beliau pulang dengan selamat.

Beliau yang turut menyifatkan Allahyarham sebagai seorang yang tidak sombong dan mudah didekati berkata apa yang terjadi ke atasnya adalah kehendak Allah. Bazli Ibrahim, 35, yang terkejut dengan pemergian tragis Sosilawati berkata, Allahyarham biasanya akan melakukan rumah terbuka pada Hari Raya Aidilfitri yang kedua di kampung itu.

Beliau berharap ahli keluarganya tabah menghadapi ujian tersebut.

Siti Aminah Md. Mukri, 27, berkata kegigihan Allahyarham membina empayar perniagaan Nouvelles Visage menjadi kebanggaan penduduk.

Beliau menyanjungi budi pekerti wanita itu yang mulia dan tidak pernah meninggi diri dengan kejayaannya.

Tinjauan pemberita ke rumah ibunya Yatimi Abdul Rahman, 80, di kampung itu mendapati rumah itu berkunci.

Difahamkan ibunya dan ahli keluarga yang lain sudah bertolak ke rumah Allahyarham di Kuala Lumpur semalam. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan