BN Sarawak Muktamadkan Senarai Calon Pilihan Raya Negeri - Berita Semasa | mStar

BN Sarawak Muktamadkan Senarai Calon Pilihan Raya Negeri

Diterbitkan: Ahad, 12 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Barisan Nasional (BN) Sarawak sedang memuktamadkan senarai calonnya untuk pilihan raya negeri akan datang, kata Pengerusi BN Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Katanya, beliau masih menunggu parti komponen BN negeri untuk membuat penilaian sendiri dan memuktamadkan calon mereka pada pilihan raya negeri berkenaan.

Taib, yang juga Presiden Parti Pesaka Bumiputera (PBB), tunjang BN Sarawak, berkata beliau telah mengenal pasti 70 peratus daripada calonnya untuk pilihan raya negeri akan datang.

Dalam PBB, calon muka baru akan menggantikan beberapa penyandang yang 'sedia berundur dengan sukarela', katanya kepada pemberita di majlis rumah terbuka Hari Raya yang diadakan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching di sini.

Antara penyandang yang menawarkan diri untuk tidak bertanding ialah bekas Menteri Muda Hamden Ahmad, iaitu penyandang bagi kerusi Belawai dan bekas Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri Bolhasan Di (penyandang bagi kerusi Beting Maro).

"Saya mulakan (mengenal pasti calon) dengan PBB. Bagi BN, saya akan kembali semula kemudian. Bagaimanapun, saya harap kami akan mempunyai standard yang lebih kurang sama untuk BN keseluruhannya," katanya.

Parti komponen BN negeri iaitu PBB, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) dan Parti Rakyat Sarawak (PRS) berkongsi 71 kerusi dalam pilihan raya negeri 2006. Dalam pilihan raya lepas, PBB menguasai 35 kerusi, SUPP (11 kerusi), PRS (lapan) dan SPDP (lapan).

Sementara itu, Presiden SUPP Tan Sri Dr George Chan berkata 30 peratus daripada calon parti itu akan merupakan muka baru. Dr Chan, yang juga Timbalan Ketua Menteri, berkata parti itu akan membariskan calon daripada kalangan profesional muda untuk menawan semula kerusi yang kalah.

"SUPP akan membariskan lebih banyak muka baru berbanding parti komponen lain dalam pilihan raya negeri akan datang," katanya.

SUPP tewas lapan daripada 19 kerusi yang ditandinginya dalam pilihan raya negeri 2006, iaitu kekalahan terburuk parti berkenaan.

Bagi PRS, Presidennya Datuk Seri Dr James Masing berkata parti itu akan melakukan 30 peratus pertukaran dalam calonnya untuk pilihan raya negeri akan datang.

Masing, yang juga Menteri Pembangunan Tanah Sarawak, berkata parti itu akan mengetengahkan muka baru bagi kerusi Ngemah, yang dimenangi oleh calon bebas, Gabriel Adit setelah mengalahkan calon PRS, Alexander Vincent, dalam pilihan raya negeri yang lepas.

"Selain itu, PRS akan meneliti semula dua lagi kerusi dan satu daripadanya ialah Pelagus di mana penyandangnya Larry Sng (yang juga Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri) tidak mempunyai parti dan bukan lagi anggota PRS," katanya.

Dalam pilihan raya negeri 2006, PRS kalah satu daripada sembilan kerusi yang diperuntukkan kepada parti itu.

Terdahulu, Presiden SPDP Datuk Seri William Mawan berkata parti berkenaan akan mengekalkan kesemua lapan penyandang untuk mempertahankan kerusi masing-masing dalam pilihan raya negeri akan datang. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan