Bekalan Elektrik Di Pulau Pinang Dijamin Mencukupi

Diterbitkan: Ahad, 12 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Tenaga Nasional Berhad (TNB) memberi jaminan bahawa bekalan elektrik mencukupi di Pulau Pinang, khususnya untuk sektor perkilangan kerana negeri itu mendapat sumber daripada beberapa kawasan di luar Seberang Perai.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh berkata Pulau Pinang turut menerima bekalan elektrik dari stesen jana kuasa di Gelugor dan Juru.

"Dengan itu, kami memberi jaminan bahawa tidak akan ada gangguan bekalan elektrik akibat daripada kejadian ini, dan kami memohon maaf kepada pengguna yang terlibat," katanya kepada pemberita selepas melawat tempat kabel bervoltan tinggi yang terbakar di bawah Jambatan Pulau Pinang, Ahad.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira 10 pagi semalam, ribuan kenderaan terkandas lebih tiga jam di atas jambatan tersebut selepas lorong kanan di kedua-dua arah ditutup selepas kawasan kebakaran diselubungi asap hitam.

Che Khalib berkata kos baik pulih termasuk penukaran kabel dianggarkan lebih RM5 juta dan kerja-kerja tersebut hanya akan dilakukan selepas 12 malam dan dihentikan sebelum 5 pagi bagi mengelak kesesakan lalu-lintas di kawasan berkenaan.

Katanya, TNB masih belum mengenal pasti punca kebakaran dan hasil siasatan akan didedahkan kepada orang ramai. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan