Tumpu Kepada Perjuangan Yang Lebih Besar:Muhyiddin

Diterbitkan: Sabtu, 11 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PAGOH: Semua pihak di negara ini harus menumpukan kepada perjuangan besar yang menyentuh kepentingan nasional dan semua kaum, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata kerajaan tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana pihak termasuk ahli politik yang mengangkat perjuangan parti atau organisasi masing-masing sehingga menimbulkan perasaan tidak senang di antara kaum di negara ini.

"Ini penting di dalam mengekalkan kesejahteraan negara kita yang mempunyai pelbagai kaum, budaya dan agama," katanya kepada pemberita pada majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri anjuran beliau dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman di Kompleks Seri Pekembar, di sini Sabtu.

Antara yang turut hadir Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi; Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Abdul Latif Ahmad; Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek dan wakil rakyat serta pemimpin daripada Barisan Nasional (BN) Johor.

Muhyiddin, yang juga Anggota Parlimen Pagoh, berkata kepentingan semua kaum perlu didahulukan dan bukan tertumpu kepada perjuangan sempit untuk manfaat sesuatu kaum sahaja.

"Walaupun kita nak perjuangkan kaum kita, kita harus hormati kepentingan kaum lain supaya tidak timbul kebencian dan rasa tidak hormat menghormati," katanya.

Timbalan Perdana Menteri berkata setelah 53 tahun BN berjaya mengekalkan keamanan serta kesejahteraan dan semua pihak diingatkan supaya mengikis semangat berpuak-puak atau kesukuan.

Pada masa sama, beliau menggesa rakyat supaya menghayati nilai-nilai positif yang terdapat dalam konsep rumah terbuka, selaras dengan gagasan 1Malaysia dan turut dikagumi pelancong asing.

Muhyiddin berkata konsep itu harus terus dipertahankan demi kesejahteraan seluruh rakyat Malaysia. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan