Tindakan Afirmatif MBE Akan Disemak Semula

Diterbitkan: Sabtu, 11 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pelaksanaan tindakan afirmatif di bawah Model Baru Ekonomi (MBE) akan disemak semula bagi menjadikannya lebih adil dan saksama, telus serta mesra pasaran, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata apa yang berjaya dilakukan pada masa lepas mungkin tidak lagi sesuai pada hari ini, dan Malaysia akan kembali tertinggal di belakang serta kehilangan daya saing jika tiada pembaharuan atau perubahan dilakukan.

"Kami akan melakukan semua ini kerana kami komited untuk mencapai Wawasan 2020, yang dimulakan oleh Tun Dr Mahathir Mohammad pada 1990," kata Najib semasa diwawancara dalam rancangan The CNBC Conversation oleh pengacara Martin Soong.

Najib menegaskan untuk mengekalkan status quo bukanlah satu opsyen.

Namun, komitmen daripada segi menstabilkan masyarakat untuk mewujudkan masyarakat lebih saksama yang akan membawa kepada kestabilan jangka panjang akan terus kekal.

"Oleh itu, intipati Model Baru Ekonomi bukanlah segala-galanya mengubah sasaran makro tetapi bagi memastikan bagaimana kami melakukannya untuk menghasilkan kejayaan lebih besar," katanya.

“Dan dengan melakukannya, saya fikir ia akan lebih diterima semua pihak. Dan ia juga dilihat lebih adil," katanya.

Najib berkata ada sebilangan orang yang berasa khuatir dan mungkin juga takut dengan perubahan, tetapi itu bukanlah perkara baru.

Badan bukan kerjaan yang memperjuangkan hak-hak orang Melayu, Perkasa dan bekas perdana menteri Dr Mahathir telah menyatakan pendirian mereka membela hak istimewa orang Melayu di bawah dasar MBE dan menentang perubahan-perubahan yang dilakukan terhadap dasar sedia ada mengenai kaum Bumiputera.

"Mereka tidak menentang kami. Mereka lebih banyak membicarakan mengenai hak-hak Bumiputera. Tetapi sebenarnya, kami tidak menarik balik apa-apa daripada kaum Bumiputera, tetapi kami hanya menyatakan marilah kita melakukannya dengan kaedah berbeza," jelasnya.

Najib menegaskan bahawa adalah penting adalah untuk mendapatkan hasil yang lebih baik dan mencapai hasrat mewujudkan masyarakat lebih saksama.

"Tetapi pada masa sama, berlaku adil kepada kaum bukan Bumiputera kerana kami ingin membina 1Malaysia," kata Najib.

Perdana Menteri berkata komitmen itu sebenarnya akan membawa pembangunan yang lebih adil, termasuk Sabah dan Sarawak, yang merupakan satu daripada sendi MBE, mesti inklusif dan dijayakan bersama.

Sebahagian besar sumber-sumber akan disalurkan ke Sarawak dan Sabah di bawah Rancangan Malaysia ke-10, khususnya berkaitan Program Transformasi Kerajaan, kata Najib.

Beliau berkata ini termasuklah, contohnya infrastruktur pembangunan, jalan raya kawasan luar bandar, bekalan elektrik, air dan sebahagian besarnya akan dilaksanakan di Sarawak dan Sabah.

"Dan kami sedang melihat hasilnya kerana saya memantau secara berterusan, maka perancangan berkenaan sebenarnya sedang dilaksanakan dan kami akan melihat kejayaan lebih tinggi semasa kita bergerak ke hadapan kerana kita kini sedang mendapatkan momentum," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan