Sukarelawan Sambut Aidilfitri Di Pejabat Konsul Besar Malaysia - Berita Semasa | mStar

Sukarelawan Sambut Aidilfitri Di Pejabat Konsul Besar Malaysia

Diterbitkan: Sabtu, 11 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KARACHI: Sukarelawan Malaysia yang mengikuti misi kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia ke Pakistan hari ini berkumpul di Pejabat Konsul Besar Malaysia di sini bagi meraikan Aidilfitri.

Sambutan yang disertai warga konsul besar dan pelajar serta rakyat Malaysia di sini bermula dengan solat sunat Aidilfitri sebelum dijamu dengan hidangan makanan tradisi tanah air seperti ketupat, lemang, rendang daging serta dodol.

Konsul Besar Malaysia Mohd Khalid Abdul Razak dalam ucapannya berkata beliau amat bersyukur dapat bersama-sama rakyat Malaysia di sini bagi meraikan sambutan Aidilfitri.

"Ini adalah raya kali yang ketiga saya tak balik. Saya juga ingin mengucapkan selamat Hari Raya Adilfitri kepada semua," katanya.

Sementara itu, Presiden Kelab Putera 1Malaysia Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim dalam ucapannya turut menyatakan rasa syukur tak terhingga kerana berpeluang beraya di Pakistan kali ini.

"Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada isteri-isteri warga Konsul Besar Malaysia di Karachi kerana sudi memasak makanan untuk hari raya ini," katanya.

Misi kemanusiaan diketuai Abdul Azeez yang memasuki hari ke sembilan pada Sabtu disertai 68 sukarelawan termasuk 40 doktor dalam pelbagai bidang perubatan serta wakil media berada di sini bagi membantu mangsa banjir.

Misi dijadual berakhir Isnin ini. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan