Struktur Gaji Malaysia Dikaji: Najib

Diterbitkan: Sabtu, 11 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mewujudkan langkah-langkah bagi memastikan struktur gaji di Malaysia setara dengan nilai sebenar bakat seseorang, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Sabtu.

"Saya berpendapat bakat sumber manusia di Malaysia mempunyai nilai di bawah pasaran. Maka, kami perlu mencari satu mekanisme, yang boleh meningkatkan tahap gaji di negara ini," katanya.

Ini merupakan antara langkah-langkah yang akan diambil kerajaan bagi menarik diaspora rakyat Malaysia, kata beliau ketika diwawancara Martin Soong dalam rancangan The CNBC Conversation.

Najib berkata kerajaan juga akan mengumumkan beberapa perkara penting sedikit masa lagi dalam hal pengwujudan Talent Corporation (perbadanan bakat) yang akan menarik rakyat Malaysia yang berada di luar negara, untuk menggalakkan mereka kembali berkhidmat di negara ini.

Daripada segi untuk mengurangkan pengaliran keluar dana, beliau berkata setakat ini, terdapat beberapa petunjuk awal yang positif.

"Dalam suku pertama tahun ini, aliran kekayaan adalah sedikit sebanyak setara. Ini adalah satu petanda baik. Kemungkinannya adalah sudah wujud lebih keyakinan dan semakin jelas daripada segi hala tuju negara ini," katanya.

Dalam perkembangan lain, Najib berkata perolehan kerajaan kini adalah berdasarkan kepada tender terbuka atau terhad.

Sebagai sebahagian daripada tindakan besar yang diinstitusikan oleh kerajaan bagi membanteras rasuah, beliau berkata proses secara rundingan terus telah banyak berkurangan.

Beliau berkata kerajaan akan terus komited untuk membanteras rasuah, yang menjadia sebahagian besar agenda nasional dan Program Transformasi Kerajaan(GTP).

"Kami akan mengukuhkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tetapi kami perlu menghasilkan lebih banyak keputusan, iaitu sabitan. Ini adalah satu proses, satu perjalanan, kami komited melakukannya (membanteras rasuah). Kami pastinya akan memfokuskan kepada bagaimana hendak melaksanakannya," kata Najib. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan