Pinjaman Mikro Untuk Penduduk Kampung Baru Cina

Diterbitkan: Sabtu, 11 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Peruntukan dengan dana permulaan RM100 juta untuk penduduk kampung baru Cina yang diumum pada Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10) kini diperluaskan sebagai pembiayaan mikro untuk mereka memulakan perniagaan kecil-kecilan.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Chor Chee Heung berkata, penduduk yang berminat dijangka dapat memohon pinjaman tersebut menjelang hujung tahun ini.

"Kita belum tahu bagaimana ia akan disalur sama ada pinjaman tanpa penjamin atau sebaliknya. Kementerian Kewangan sedang menyediakan perincian menerusi Bank Simpanan Nasional," katanya kepada Bernama, di sini baru-baru ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan RMK10 pada Jun lepas mengumumkan peruntukan tersebut yang bertujuan membantu penduduk kampung baru Cina membayar premium tanah dan memperbaharui pajakan.

Mengulas lanjut, Chor yang juga Naib Presiden MCA berkata, kerajaan memutuskan perluasan kegunaan dana RM100 juta itu selepas mendapati kebanyakan kampung baru terbabit telah memperbaharui pajakan masing-masing.

Terdapat 450 kampung baru di seluruh negara dan kebanyakannya adalah pajakan untuk tempoh 60 tahun.

Katanya, peruntukan juga tidak terhad untuk membayar premium, pajakan dan pinjaman mikro tetapi turut boleh dipohon bagi membaiki rumah penduduk.

Chor berkata, selain dana RM100 juta itu, kerajaan juga menyediakan peruntukan tahunan untuk menaik taraf jalan, sistem perparitan dan lain-lain projek prasarana.

"Sekiranya pajakan terus disambung, saya fikir keadaan di kampung baru akan lebih selesa," katanya yang yakin jika keadaan itu berterusan nilai tanah di kampung baru juga akan meningkat.

"Selain kerajaan, MCA juga harus dipuji kerana kami telah memainkan peranan besar sejak kampung baru ditubuhkan pada 1948," katanya.

Malah, katanya sejak 1999, kerajaan telah membawa pembangunan ke perkampungan nelayan yang dikenali 'kampung bagan' dan perkampungan yang saling bersambung dikenali 'kampung rangkaian'.

"Terdapat 113 kampung bagan dan 44 kampung rangkaian. Kesemuanya menikmati pembangunan arus perdana yang memastikan tumpuan saksama diberi dalam perancangan dan pembangunan," katanya.

Beliau berkata, kementeriannya telah dipertanggungjawab memantau kesemua kampung bagan, kampung rangkaian dan kampung baru, dan sejak 2009 pelbagai projek pembangunan telah dilaksana di kampung-kampung terbabit. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan