Peter Pang Tidak Mahu Silap Dalam Pilih Parti Baru Dalam BN

Diterbitkan: Sabtu, 11 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Bekas naib presiden Datuk Peter Pang En Yin, yang keluar daripada Parti Liberal Demokratik (LDP) awal bulan ini, berkata beliau tidak mahu membuat kesilapan dalam memilih parti baru.

Bagaimanapun, katanya, adalah terlalu awal dan perlu berhati-hati dalam memilih parti baru termasuk tawaran dari Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Gerakan.

"Saya berbincang dengan rakan-rakan saya dalam parti komponen Barisan Nasional (BN)...dan jika mereka mempelawa saya, saya ucap terima kasih. Jika anda tanya saya, saya akan mempertimbangkan tawaran itu," katanya.

Pang, yang mengekalkan portfolio Kabinet negeri sebagai Timbalan Ketua Menteri dan Menteri Belia dan Sukan negeri, berkata demikian kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Aidilfitri Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman dan anggota kabinet negeri di sini, Sabtu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karamunting itu dilaporkan berkata, keputusan sukar itu terpaksa dibuat ekoran tindakan parti itu menolak sebarang kerjasama dengan Musa, selaku Pengerusi BN negeri.

"Saya ingin bebas buat masa ini dan menjaga pengundi Karamunting. Apa yang penting adalah saya masih menyokong BN dan kerajaan," katanya.

Terdahulu itu, pada majlis itu Pang bersalam-salaman dengan Presiden LDP Datuk Liew Vui Keong, yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Ketika ditanya mengenai hubungannya dengan Pang, Liew berkata dia adalah bekas ahli LDP dan tidak kisah jika bekas naib presiden itu menyertai mana-mana parti komponen BN.

Liew juga berkata terpulang kepada Musa untuk memutuskan status Pang dalam barisan Kabinet negeri.

Menurutnya, Pang memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri Karamunting atas tiket LDP sebagai calon BN pada pilihan raya umum 2008. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan