Lebih Banyak Ruang Letak Kereta Dirancang Di Putrajaya

Diterbitkan: Sabtu, 11 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Perbadanan Putrajaya merancang menyediakan lebih banyak kemudahan tempat meletak kenderaan di kompleks-kompleks pejabat kerajaan yang sering dikunjungi orang ramai untuk pelbagai urusan.

Sebagai permulaan, sebanyak 559 tapak letak kenderaan dijangka boleh digunakan menjelang akhir bulan ini di Kompleks E di sini, kata Timbalan Pengarah Kanan Perhubungan Awam Perbadanan Putrajaya, Zaharah Salamat.

Beliau berkata pengguna akan dikenakan kadar bayaran RM1 sejam.

Kompleks E menempatkan Kementerian Pelajaran, Kementerian Kesihatan, Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air.

Zaharah berkata Perbadanan Putrajaya juga merancang membina tempat letak kereta bertingkat di hadapan Kompleks B yang menempatkan agensi-agensi Jabatan Perdana Menteri seperti Unit Perancang Ekonomi dan Biro Pengaduan Awam.

Tempat letak kenderaan juga akan diwujudkan di luar Kompleks D yang menempatkan Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Pengangkutan, Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan