Lebih 100,000 Kunjungi Rumah Terbuka Perdana Menteri

Diterbitkan: Sabtu, 11 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kemeriahan Hari Raya Aidilfitri, Jumaat, begitu terasa apabila lebih 100,000 orang pengunjung berbilang bangsa hadir bagi meraikannya di Rumah Terbuka Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Jemaah Menteri di kediaman rasminya di Seri Perdana di sini.

Semangat 1Malaysia nyata terpancar di wajah setiap pengunjung daripada segenap lapisan masyarakat yang sama-sama hadir untuk meraikan dan memeriahkan sambutan bersama umat Islam yang menyambut Aidilftri, Jumaat.

Biarpun acara rumah terbuka untuk orang ramai bermula pada pukul 11.30 pagi, tetapi pengunjung telah mula tiba sejak pukul 8 pagi bagi mengelakkan kesesakan dan mengambil peluang untuk bersalaman dan mengucapkan Selamat Hari Raya kepada Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Majlis ini turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman serta menteri-menteri kabinet yang lain, yang berakhir pukul 5 petang.

Seorang pengunjung, Aminah Husin, 49, berkata beliau bersama suami dan dua anak perempuannya tidak pernah ketinggalan menghadiri rumah terbuka yang dianjurkan oleh Perdana Menteri sejak zaman Tun Dr Mahathir Mohamad lagi.

Peniaga yang menetap di Nilai, Negeri Sembilan itu tidak kisah menempuh perjalanan ke Putrajaya mahupun Kuala Lumpur untuk merasai kemeriahan sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama pemimpin negara.

Seorang warga Iran, Seyedeh Motieh, 35, pula berkata ini merupakan kali pertama beliau menghadiri majlis rumah terbuka, terutama yang diadakan oleh pemimpin negara.

Hadir bersama suami suri rumah itu berkata tradisi rumah terbuka bukanlah budaya masyarakat Iran, justeru beliau begitu gembira dapat menghadirinya pada hari ini.

"Hari ini adalah hari terbaik. Ada banyak jenis makanan dan lazat," kata beliau.

Rosmah turut tidak ketinggalan mendendangkan beberapa buah lagu pelbagai bahasa kepada pengunjung yang sedang menjamu selera di dewan makan Seri Perdana.

Sementara itu, di luar Seri Perdana, lebih 20 khemah dipasang berserta kerusi dan meja untuk orang ramai menjamu selera sambil menyaksikan persembahan artis-artis tempatan di pentas rakyat.

Sebuah skrin besar turut disediakan bagi membolehkan orang ramai mengikuti setiap perkembangan di dalam bangunan Seri Perdana secara langsung.

Selain menjamu selera, mereka tidak melepaskan peluang bergambar di kawasan sekitar serta menyaksikan persembahan beberapa orang badut yang hadir untuk menceriakan lagi suasana.

Seorang lagi pengunjung, Cheah Wan Ning, 25 berkata beliau seronok untuk meraikan Hari Raya bersama teman-temannya yang beragama Islam, malah beliau sendiri telah mencuba berpuasa untuk beberapa hari.

"Saya begitu gembira dapat datang ke rumah terbuka ini dan melihat menteri-menteri secara lebih dekat. Paling penting, saya juga dapat duit raya," katanya sambil tersenyum riang. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan