Kerajaan Terbuka Kepada Cadangan Supaya Ringgit Didagangkan Luar Pesisir Semula, Kata Najib

Diterbitkan: Sabtu, 11 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersikap terbuka terhadap cadangan untuk menjadikan Ringgit, yang baru-baru ini mencecah paras tertinggi dalam tempoh 13 tahun, untuk didagangkan luar pesisir semula, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Kami boleh sesuaikan, dan jika kami fikir langkah itu dapat membantu ekonomi, sudah tentu kami akan menyemak semula kedudukan ini," katanya ketika ditanya sama ada Ringgit akan didagangkan luar pesisir semula.

Ringgit, yang didagangkan pada paras tertinggi dalam tempoh 13 tahun iaitu RM3.11 berbanding Dolar Amerika, mencerminkan asas ekonomi negara dan tidak mempunyai impak negatif ke atas eksport negara, katanya.

Kerajaan memantau rapi keadaan ini sepanjang masa, katanya dalam wawancara dengan Martin Soong yang disiarkan menerusi CNBC Asia hari ini.

Beliau berkata kerajaan selesa dengan paras semasa.

Bagaimanapun, Najib yang juga Menteri Kewangan, berkata kebanyakan pelabur berpendapat bahawa sama ada matawang itu didagangkan di luar negara atau tidak bukanlah penentu utama daripada segi keputusan pelaburan mereka.

"Paling penting ialah tiada kekangan daripada segi pemulangan dividen dan keuntungan, misalnya, dan membawa masuk matawang menerusi sistem perbankan. Jadi, ia sebenarnya bukanlah faktor utama," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan