Jualan Cenderahati Malaysia Pada Ekspo Dunia Shanghai Cecah RM230,317

Diterbitkan: Sabtu, 11 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHANGHAI: Jualan cenderahati di Pavilion Malaysia di Ekspo Dunia Shanghai 2010 telah mencecah RMB503,000 (RM230,317) sejak pameran itu bermula 1 Mei lalu.

Selain cenderahati, hasil kesenian Malaysia bernilai RMB172,000 (RM78,756) juga turut dijual dalam empat bulan tersebut.

Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen berkata hasil lukisan oleh Awang Damit Ahmad berjaya dijual dengan harga RMB100,000 (RM45,788) manakala lukisan oleh Chuah Siew Keng dijual dengan harga RMB72,000 (RM32,967).

Kedua-dua hasil seni itu adalah antara hasil 68 artis Malaysia mempamerkan hasil masing-masing di pavilion berkenaan dengan kerjasama Galeri Seni Negara.

Dr Ng berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri taklimat persiapan Malaysia bagi sambutan Hari Kemerdekaaan di ekspo itu Ahad.

Beliau akan mewakili Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada majlis pelancaran itu.

Dr Ng berkata sejak ekspo itu dibuka, Pavilion Malaysia dengan seni bina yang unik bukan sahaja menarik pelawat untuk sesi bergambar tetapi juga mereka sempat mencuba pelbagai juadah Malaysia dan produk lain.

"Kami juga mempamerkan durian Malaysia jenis D24 (beku) sejak semalam. Dua minggu lepas, juga adalah jualan kuih bulan dari Malaysia," katanya.

Menurut Dr Ng, setakat Jumaat, jumlah pengunjung ke Pavilion Malaysia telah mencecah 4.715 juta orang.

Sementara itu, selain tarian kebudayaan, acara menarik pada sambutan Ahad adalah persembahan tarian singa oleh kumpulan Tarian Singa Kwan Seng Leng dan unit gendang 24 1Malaysia.

Katanya Orkestra Simfoni Shanghai bersama Orkestra Filharmonik Malaysia akan mengadakan persembahan di Dewan Konsert Shanghai.

Persembahan orkestra itu di bawah pimpinan konduktor terkenal Malaysia, Ooi Cheng See. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan