16 Syarikat Malaysia Sertai Pameran Makanan Di Melbourne

Diterbitkan: Sabtu, 11 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELBOURNE: Syarikat dari Malaysia yang menyertai pameran Fine Food Australia 2010 yang berlangsung empat hari di sini mulai Isnin ini dijangka menjana perolehan perniagaan yang lebih banyak berbanding RM18.72 juta yang diraih tahun lepas.

Pada tahun ini, 16 syarikat dari Malaysia mengambil bahagian berbanding 11 tahun lepas.

Syarikat dari Malaysia itu akan mempromosikan makanan sejuk beku, makanan laut, roti paratha, minuman, biskut, konfeksi dan snek, kekacang dan gula-gula, perisa makanan, serta bekas makanan pakai buang pada pameran itu yang akan diadakan di Pusat Persidangan dan Pameran Melbourne.

Disifatkan sebagai pameran perdagangan hospitaliti terbesar Australia, ia akan mengetengahkan beratus-ratus pempamer dari seluruh dunia.

Turut diadakan ialah program masakan yang akan menyaksikan beberapa chef dan pembuat roti terkemuka Australia berentap dalam beberapa siri memasak secara langsung.

"Penyertaan Malaysia akan memperkukuhkan imej produk makanan yang istimewa dan beraneka yang dapat kami tawarkan kepada pasaran Australia," kata Pesuruhjaya Perdagangan Malaysia yang berpusat di Sydney, Ong Yew Chee kepada Bernama.

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan