Terengganu Tempat Empat Bot Pelancong Dengan Kos RM1 Juta

Diterbitkan: Jumaat, 10 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Kerajaan negeri Terengganu menempah empat buah bot mewah bernilai RM1 juta bagi membawa pelancong menyusuri Sungai Terengganu dalam usaha memajukan sungai sebagai produk pelancongan negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri Datuk Abdul Rahin Mohd Said berkata sungai Terengganu berpotensi menjadi tarikan pelancong popular kerana ia "menghidangkan" pemandangan indah kampung nelayan Seberang Takir.

Abdul Rahin berkata dua bot itu sudahpun siap manakala dua buah lagi baru ditempah.

Katanya, bot itu dibina oleh seorang tukang terkemuka di Kampung Seberang Takir yang menggunakan bahan kayu cengal. Setiap buah bot itu mampu membawa 60 penumpang.

Abdul Rahin berkata kedua-dua buah bot yang telah siap itu akan diserahkan kepada Persatuan Penambang Seberang Takir untuk menguruskan operasinya.

Sementara dua lagi yang baru ditempah bila siap mungkin diserahkan kepada Taman Tamadun Islam (TTI) untuk diuruskan, katanya. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan