Ribuan Kunjungi Rumah Terbuka Najib

Diterbitkan: Jumaat, 10 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Ribuan rakyat pelbagai bangsa dan agama mengunjungi rumah terbuka Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan anggota Kabinet yang berlangsung di Sri Perdana, di sini Jumaat.

Antara tetamu yang terawal mengucapkan 'Selamat Hari Raya' ialah mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, serta bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam.

Turut hadir warga diplomat asing dan keluarga mereka, timbalan-timbalan menteri dan pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) serta pemimpin parti pembangkang.

Najib yang berbaju melayu lengkap bersampin warna hijau serindit dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor yang berbaju kurung moden berwarna ungu kelihatan ceria bersalaman dengan tetamu.

Rumah terbuka itu yang sepatutnya bermula pada pukul 11.30 pagi berlangsung lebih awal apabila ribuan pengunjung termasuk pelancong asing tiba lebih awal untuk bertemu dengan pemimpin negara.

Perdana Menteri turut meluangkan masa memberi temubual secara langsung menerusi TV3 dan Radio dan Televisyen Malaysia (RTM). - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan