Najib Sampai Salam Aidilfitri Melalui Laman Facebook

Diterbitkan: Jumaat, 10 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mengucapkan salam Aidilfitri kepada rakyat Malaysia sempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri hari ini di laman Facebook beliau.

"Kepada rakyat Malaysia di tanah air mahupun di perantauan, salam Aidilfitri dari saya sekeluarga," kata beliau dalam mesej khas Aidilfitri kad raya rasminya yang telah dimuat turun di laman Facebook beliau, malam Khamis.

Kad Aidilfitri perdana menteri itu telah menarik minat dan komen dari 300 peminat dan rakan-rakan beliau di Facebook dalam tempoh beberapa jam selepas ia dimuat turun.

Mereka juga turut mengambil kesempatan itu untuk menyampaikan salam Aidilfitri kepadanya.

Seorang peminatnya Lam Yuen Hou berkata: "Selamat Hari Raya Aidil Fitri, maaf zahir dan batin, dear PM! May the Almighty bless you and guide you always, to enable you to lead this nation of ours to greater height, harmony and prosperity! Thank you".

"Selamat Hari Raya kepada YAB Dato' Sri sekeluarga.... Moga2 Allah memberi rahmat kepada kita semua dan mengharapkan Malaysia terus maju," kata Termizi Ahmad. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan