KKM Akan Kaji Semula Keperluan Bekal Pegawal Dengan Senjata Api

Diterbitkan: Jumaat, 10 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan akan mengkaji semula keperluan meletakkan pengawal keselamatan bersenjata api di hospital berikutan kejadian dua pengawal keselamatan ditembak mati oleh rakan setugas di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang baru-baru ini.

Menterinya Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata selain itu pihaknya juga meneliti kemungkinan memasang lebih banyak kamera litar tertutup (CCTV) di fasiliti tersebut bagi mengurangkan kebergantungan kepada pengawal keselamatan.

"Kita akan kaji semula keperluan. Kita juga akan pastikan kalau boleh nak tambah CCTV dan kurangkan pengawal. Akan ada pengawal tapi tak perlu terlalu banyak," katanya kepada Bernama pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Perdana Menteri dan anggota Kabinet di Seri Perdana, di sini Jumaat.

Bagaimanapun kata Liow, pengawal keselamatan bersenjata api di hospital masih diperlukan.

"Cuma tidak perlu ramai kerana ini bukan bank, tak ada berlaku rampasan apa-apa," katanya.

Pada masa yang sama Liow turut meminta masyarakat agar tidak bimbang dengan kemungkinan pengawal keselamatan di hospital menyalahgunakan senjata mereka kerana setiap mereka telah diselidiki latar belakang selain diberi latihan mencukupi.

Dalam kejadian 27 Ogos lepas, seorang pengawal keselamatan di HTAR dipercayai menembak mati dua rakan setugasnya selepas dikatakan marah apabila ditegur oleh salah seorang daripada mereka kerana tidur semasa bekerja.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan