Eratkan Perpaduan Sempena Hari Raya Aidilfitri

Diterbitkan: Jumaat, 10 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Semua rakyat Malaysia harus mengambil kesempatan sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal disambut umat Islam seluruh negara hari ini untuk mengeratkan lagi perpaduan yang merupakan faktor kekuatan bagi sesebuah negara.

Pemegang Amanah 1Malaysia, Tan Sri Lee Lam Thye berkata pembangunan negara tidak akan bermakna tanpa persefahaman, keharmonian, tolak ansur dan kepercayaan di kalangan rakyat yang berbilang kaum.

"Ia menjadi tanggungjawab setiap mereka tanpa mengira kaum dan agama untuk terus memupuk rasa hormat di kalangan pelbagai agama yang merupakan kunci kepada keamanan dan keharmonian kepada sesebuah negara," katanya dalam satu kenyataan, Khamis.

Justeru, beliau berkata perayaan tahunan seperti Hari Raya, Krismas, Deepavali dan Tahun Baru Cina merupakan peluang yang sungguh baik bagi semua kaum untuk menyemai keharmonian, muhibah, keamanan dan perpaduan.

Selain itu, Lee berkata proses untuk membangunkan negara adalah proses yang berterusan dan apa yang telah diperolehi setakat ini hendaklah dipelihara dan dibajai supaya lebih subur.

Untuk mencapai matlamat tersebut, katanya semua rancangan untuk pembangunan dan pelaksanaan dasar terhadap keseimbangan sosial perlu digubal dan dirancang dengan semangat untuk mencapai perpaduan negara.

"Dalam hubungan ini, para pemimpin, perancang dan pelaksana dasar rancangan hendaklah komited terhadap prinsip bahawa pemikiran dan amalan mereka selalu berpandukan dan ditentukan oleh tata amalan Rukun Negara dan Kemuliaan Perlembagaan Negara," katanya yang terkilan dengan ramai rakyat Malaysia yang mengambil mudah soal perpaduan.

Tambahnya, perpaduan merupakan satu hadiah yang tidak ternilai dan merupakan asas di mana kita membina hubungan, keluarga, masyarakat dan negara.

"Perpaduan perlu bermula dari setiap individu, jika ada perpaduan di dalam pemikiran emosi dan perbuatan seseorang, ia akan diluahkan di dalam perlakuannya terhadap orang lain," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan